Cari...

Gaya Hidup Tips Menarik

Hilangkan Kesan Minyak Pada Baju Dengan 5 Cara Ini

Kongsi

Kita paling sakit hati bila pakaian kita terkena minyak, lebih-lebih lagi kotoran minyak pada enjin kereta. Jika terkena minyak, anda perlu tahu cara untuk mengatasi masalah ini.

Kesan Minyak

Antara kesan yang selalu terkena baju adalah minyak masak, minyak gris, minyak pelincir, minyak urut, dan macam-macam lagi. Kadang kala sabun sahaja tidak mampu menanggalkan nya.

Disini terdapat 5 cara untuk membuang kotoran minyak pada pakaian. Mari kita lihat langkah-langkahnya:

1. Keringkan kesan lemak atau minyak dengan tisu. 

kesan minyak
Foto: wikiphoto

Cuba keringkan kesan lemak atau minyak pada pakaian terlebih dahulu sebelum meneruskan ke tahap berikutnya. Gosokkan dengan kain kasar atau tisu.

2. Tutup kesan lemak atau minyak dengan bedak bayi. 

kesan minyak
Foto: wikiphoto

Gunakan bedak bayi jenama apa saja. Jika tidak ada bedak bayi, gunakan bahan-bahan penyerap berikut ini:

  • Tepung maizena
  • Garam

3. Bersihkan bedak bayi dari pakaian dengan tisu atau sudu. 

kesan minyak
Foto: wikiphoto

Lakukan dengan hati-hati agar tidak ada bedak yang terkena pakaian lain.

4. Letakkan sedikit sabun pencuci piring dan air pada kotoran pakaian. 

Foto: wikiphoto

Ketika sabun mulai berbuih, gosoklah kotoran dengan gerakan memutar menggunakan berus gigi yang bersih. Bersihkan kotoran pada bahagian sebelah luar dan dalam.

5. Cucilah pakaian tersebut dengan sabun pencuci, namun asingkan dari pakaian lain. 

Foto: wikiphoto

Jemur pakaian di tempat terbuka. Keringkan pakaian dengan alat pengering yang sangat panas boleh menyebabkan kotoran minyak atau lemak tetap melekat pada pakaian.

Okay, itu sahaja tips untuk buangkan minyak pada pakaian. Semoga tip-tips ini memberi manfaat kepada anda untuk membersihkan baju dengan senang di lain kali. Kerana bukan senang nak membeli baju atau pakaian baru jika terkena minyak kan? Di petik dari laman bm.cari.my.

Baca juga  Rabun Jauh Kerana Selalu Menatap Telefon Pintar Sejak Usia Setahun

Lagi artikel Kesan Buruk Wanita Jika Tidak Cukup Tidur

Hilangkan kesan minyak pada shawl

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *