Cari...

Gaya Hidup Kecantikkan

Hilangkan Jerawat Dengan Tepung Beras

Kongsi
jerawat

Orang muda, kalau tengok jerawat, eww… memang pantang! Selalunya, kalau tumbuh jerawat, mesti kena cuci muka selalu. Namun ada juga trik lain yang boleh hilangkan jerawat jika anda takde bajet buat masa sekarang.

Kalau ada tepung beras mak kat dapur tu, boleh lah ambik sikit untuk guna kecantikkan pada wajah.

Kalau nak cantik, kenalah invest atau melabur.

Konteks melabur itu kadang-kadang boleh jadi di luar kemampuan, apa lagi yang obses buat muka, buat badan, buat rambut, buat kuku termasuk pengambilan makanan tambahan, yang tidak semua orang mampu membelanjakan wang ke arah itu.

Ada sesetengah orang berkemampuan, tetapi sayang nak membazirkan duit pada maintenance kecantikan yang belum tentu memberikan kesan terhadap mereka.

Bercakap mengenai kecantikan wajah, apa perkara mustahak yang wanita paling inginkan pada kulit mereka? Tentu saja mahukan kulit wajah yang sihat, bebas jerawat, tanpa noda dan bintik hitam, cerah serta berseri.

Untuk memperoleh kulit wajah yang menawan, sebenarnya anda tidak perlu melabur ratusan atau ribuan ringgit. Dengan kos RM2 sahaja berupaya mendapatkan kulit yang cantik, yakni dengan menggunakan barang dapur di rumah.

Melalui perkongsian wanita bernama Aroora Dayana dalam Facebook, dia berkongsi tip kulit gebu cantik berseri hanya menggunakan satu bahan sahaja yang sangat murah dan jimat, iaitu menggunakan tepung beras.

Foto: Aroora Dayana

Kaedah itu sesuai diamalkan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Nak ke spa buat rawatan wajah masih tidak boleh bukan? Jadi mari buat rawatan wajah sendiri!

Kebaikan tepung beras:

1. Menyerap minyak berlebihan pada muka.

2. Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten.

Baca juga  Terlalu Kasar Sapu Losyen Pada Kulit, Ini Cara Sapu Losyen Yang Betul

3. Tiada bahan kimia.

4. Mengurangkan jerawat.

5. Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata.

6. Menanggalkan sel-sel kulit mati.

7. Menyerikan kulit muka.

Cara-caranya:

1. Ambil satu sudu tepung beras dan letakkan dalam mangkuk atau cawan.

Foto: Aroora Dayana

2. Letakkan sedikit air, bancuh pekat. Boleh juga dicampurkan dengan serbuk kunyit, dadih, madu atau putih telur. Bagaimanapun Dayana hanya menggunakan tepung beras kerana rutin kecantikan ini dilakukannya secara harian.

Foto: Aroora Dayana

3. Kemudian sapukan pada wajah seperti memakai pupur bedak sejuk. Pakai sehingga kering dan kemudian basuh. Jika mahu memakai semalaman pun tiada masalah.

Foto: Aroora Dayana

4. Amalkan setiap hari untuk melihat kesannya. Kulit muka menjadi lebih lembut dan cerah. Jerawat pun tak berani muncul!

Sebenarnya pelaburan paling mustahak sekali untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, adalah masa. Masa untuk membelai diri dan menjadikan sesuatu rutin kecantikan itu amalan harian. Barulah boleh nampak perubahan dengan cepat.

Akhir kata selamat mencuba! https://www.hijabnheels.com/

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *