Connect with us

Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Kiub Lidah Buaya

Kesihatan

Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Kiub Lidah Buaya

Kiub lidah buaya atau Aloe Vera mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Cuma perlu sapu di bahagian kulit yang berparut dengan lendir lidah buaya dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hasilnya kulit akan menjadi lembut, lembap dan cerah. Tambah pula lendir lidah buaya juga dapat membantu mengecutkan jerawat.

Tetapi kali ini nak kongsi petua mudahkan anda guna khasiat lidah buaya ini dengan buat sendiri menjadi ketulan ais, perkongsian oleh TheSisters Cookingproject buat anda yang ada masalah kulit.

Nak kongsi pasal pokok Aloe Vera, ramai yang tahu pokok ini banyak khasiat untuk kulit. Tapi kadang-kadang malas nak buat hari-hari. Jadi kita boleh frozenkan untuk memudahkan.

Cara Penggunaan:
Sapukan pada muka 3 kali seminggu. Insyaallah boleh memelihara dan memperbaiki kulit.

Potong pelepah aloe vera yang besar dan banyak isi.

1. Buang duri kiri kanan tu dan kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam)
2. Ambil sudu dan kaut isinya masuk dalam mangkuk.

Ini isi aloe vera yang dah keluarkan terus dimasukkan ke dalam blender dan kisar sehingga hancur. Tak perlu tambah air. Lepas kisar memang berbuih. Masukkan ke dalam acuan air batu.

Ilustrasi – Foto: TheSister

Lepas tu bekukan. Bila nak guna keluarkan, sapu pada muka sampai ais itu cair. Biarkan kering pada muka, dia akan jadi seperti ‘mask’. Lepas tu basuh sehingga bersih. Kulit anda akan menjadi rasa segar dan lebih lembut.

 

Sumber: petuaibu

Baca juga  Guna Pelaris Akhirnya Memakan Diri
Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Kesihatan

Ke Atas
loading...
loading...