Cari...

Kecantikkan Tips Menarik

Hilangkan Jerawat Badan Dengan Putih Telur

Kongsi
hilangkan jerawat

Jerawat merupakan infeksi toksin yang timbul di muka. Muka kita memang terdedah dengan udara yang tidak baik lebih-lebih lagi zaman sekarang radikal bebas berleluasa akibat penggunaan tengnologi canggih.

Ramai diantara kita yang sangat mementingkan kesihatan paras rupa, takut-takut jika tumbuh jerawat atau jeragat. Namun, ramai yang tidak ambil kisah dengan jerawat dibahagian tubuh badan.

Jangan terkejut, bagi yang baru pertama kali mendengar jerawat badan, mungkin anda perlu periksa bahagian badan anda sekarang! Kadang kala jerawat badan tumbuh tanpa disedari, melainkan jerawat itu membesar dan terasa sakit apabila disentuh, baru la anda sedar bahawa bahagian belakang bandan anda ditumbuhi jerawat.

hilangkan jerawat
Foto: bukanaku

Tetapi jangan risau, ada satu petua yang sangat berkesan menurut laman petuatradisional.com bagi membantu anda menghilangkan jerawat badan. Iaitu dengan menggunakan telur.

Petua ni memerlukan sebji telur (ambil putih telur sahaja) dan setengah biji timun. InsyaAllah, resepi petua ni akan membantu untuk menanggalkan sel kulit mati dan boleh hilangkan kesan hitam kat belakang badan tu.

Pecahkan telur dan ambil putih telur sahaja, pukul putih telur hingga kembang dan masukkan ia ke dalam mesin pengisar. Setelah itu tambahkan pula dengan timun yang sudah dipotong kecil-kecil.  Kisar kesemuanya sampai halus.

Sapukan ramuan yang dah siap tu pada bahagian belakang sambil menggosok perlahan-lahan. Biarkan kat situ sekurang-kurangnya setengah jam, pas tu barulah dibilas ngan air bersih.  Amalkan sekerap mungkin dan hasilnya akan kelihatan.

Anda akan lihat kesannya selepas beberapa kali anda amalkan petua ini. Jangan buat sekali je, nak buat selalu, baru jadi. Nak kulit licin kan? Apa kata share dengan kawan anda?

Baca juga  Sembelit? Rawat Dengan Cara Mengikut Peringkat Umur
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *