Cari...

Uncategorized

Hilang Dan Dijumpai Selepas 40 Tahun Dalam Hutan

Kongsi
Hilang Sejak 1973, Dua Beranak Ditemui Selepas 40 Tahun Tinggal Dalam Hutan
by Najmi Suhaimi Pelik tapi benar! Itu kejadian yang berlaku di Hanoi, Vietnam, apabila seorang lelaki Ho Van Thanh, berusia 82 tahun, dan anak lelakinya, Ho Van Lang, berusia 41 tahun dijumpai tinggal di sebuah hutan. Mereka berdua dipercayai hilang semasa perang negara dengan Amerika Syarikat kira-kira 40 tahun yang lepas. Anak beranak tersebut hilang semasa perang dengan negara Amerika Syarikat kira-kira 40 tahun yang lepas. Mereka berjaya tinggal dalam hutan tersebut dengan hanya menanam sayur-sayuran hutan dan memburu binatang sebagai sumber makanan utama.
Ketika dijumpai, Thanh dapat berkomunikasi dalam bahasa etnik minoriti Cor, manakala Lang hanya tahu beberapa patah perkataan ujar Pegawai Tay Tra. Mereka juga tidak pernah berkomunikasi dengan siapa-siapa sepanjang berada di hutan tersebut. Sebelum ini, Thanh kali terakhir dilihat apabila dia berlari ke hutan bersama anak sulungnya Lang, yang baru sahaja dilahirkan ketika itu. Thanh bertindak sedemikian kerana rumahnya telah dibom sekali gus telah mengorbankan isteri dan dua anak lelakinya pada tahun 1973. Mereka berdua ini ditemui apabila penduduk kampung berhampiran memasuki hutan tersebut dan membuat perjalanan sejauh 40 kilometer untuk mencari kayu. Paling mengejutkan, apabila mereka terjumpa dua rumah pokok milik Thanh dan Lang. Penemuan mereka ini terus dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Ketika dijumpai, anak beranak itu kelihatan tidak bermaya dan memakai kain pinggang dan kemeja yang terbuat daripada kulit pokok. Kini, Thanh telah dirawat di pusat perubatan manakala Lang dijaga sendiri oleh keluarganya.
Menurut Hoang Anh Ngoc, Ketua Daerah Hanoi, meminta pegawainya untuk mengawasi mereka berdua untuk memastikan mereka tidak kembali semula ke hutan. Penemuan mereka ini secara tidak langsung mengejutkan pelbagai pihak dan ramai sudah menyangka mereka sudah mati.
Baca juga  KEBANGKITAN DI AKHIR ZAMAN

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *