Cari...

Uncategorized

Hijab Jenama Nike, Nampak Simple Dan Kemas Bila Memakainya

Kongsi

Hijab jenama Nike keluaran terbaru nampak sangat simple dan kemas bila atlet memakainya. Padan dengan penjenamaan sukan, maka muslimah yang suka bersukan bagus mengenakan hijab ini.

Sebut sahaja Nike, semua orang sudah terbayang koleksi keluaran satu jenama sukan yang mahal dan mewah selain terkenal di seluruh dunia.

Walaupun begitu, para atlet muslimah dari seluruh pelosok dunia sukar mendapatkan tudung yang sesuai dan selesa untuk aktiviti lasak. ¬†Oleh itu, Nike kini menampilkan koleksi Nike Pro Hijab yang dibuat daripada fabrik jairng-jaring yang ‘strechable’ dan tahan lasak.

Hijab Jenama Nike
Foto: cari.com.my

Hijab Jenama Nike

Hijab ini mengambil masa setahun untuk disiapkan di mana reka bentuknya adalah hasil daripada maklum balas atlet Muslimah profesional. Sementara itu, jurucakap Nike Megan Saalfeld berkata hijab ini direka kerana mendapat permintaan tinggi untuk produk sebegini.

Koleksi Nike Pro Hijab akan menyerbu pasaran global bermula musim bunga tahun hadapan dan bakal ditampilkan dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, kelabu serta obsidian.

Baguslah kalau syarikat pengeluar barangan sukan gergasi seperti Nike menyedari akan kepentingan hijab kepada atlet Muslimah. Diharap banyak lagi pengeluar akan mengikut jejak langkah Nike.

Hijab Direka dan diuji

Direka dan diuji oleh peluncur papan profesional, Zahra Lari dan jaguh angkat berat, Amna Al Haddad, Nike Pro Hijab merupakan produk sukan yang dicipta bagi menghapuskan halangan yang menyekat wanita Islam untuk terus kekal cergas.

Walaupun belum dipasarkan sehingga 2018, produk terbaharu Nike itu sudah menerima pelbagai reaksi.

Ramai pihak terutamanya golongan berhaluan kanak mengkritik syarikat tersebut dengan mendakwa hijab merupakan simbol penindasan terhadap wanita.

Malah ada pihak mahu memboikot Nike kerana memperkenalkan produk itu.

Baca juga  Memiliki Anak Perempuan Setelah Beranak 10 Anak Lelaki

Namun Amna membalas kritikan itu menerusi kenyataan dalam laman perkongsian gambar dan video, Instagram.

“Dengan Nike Pro Hijab, saya sedar ramai pihak menyatakan pandangan masing-masing terhadap keputusan Nike mengeluarkan produk tersebut.

“Daripada perspektif saya sebagai atlet yang berhijab, pada masa lepas syarikat terkemuka tidak melihat keperluan atau pasaran hijab kerana ia tidak popular dan tidak pernah melihat wanita berlatih, bersenam dengan berhijab.

“Namun sejak kebelakangan ini, lebih ramai wanita menyuarakan keperluan terhadap produk tersebut dan lebih banyak atlet profesional memperjuangkan hak untuk bertanding dengan berhijab dan hak sama rata di gelanggang.

“Tindakan kami ini tidak boleh diabaikan. Sebagai wanita Islam, kami amat lantang memperkatakan hal ini kepada media sejak 2011,” katanya.

Walaupun mendapat kritikan, tetapi masih ramai pihak mempertahankan Nike memperkenalkan produk hijab.

“Setiap wanita memiliki hak untuk memilih pakaian mereka dan sukar untuk mencari hijab yang sesuai dengan pakaian bersukan.”

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *