Cari...

Hubungan

Hargai Sementara Masih Ada, Ini Manfaat Makan Bersama

Kongsi

Zaman serba maju dan sibuk membuatkan kita kadangkala leka dan mengabaikan keluarga. Tidak salah mencari rezeki demi menyenangkan keluarga, namun jangan sampai mengabaikan keluarga.

Banyak cara yang boleh anda cuba praktikkan bagi mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. Cara yang paling mudah untuk kita mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga adalah sewaktu makan.

Foto: lifestyle.okezone.com

Adab atau tradisi makan bersama ini sudah lama berada dalam budaya rakyat Malaysia, tidak kita apa bangsa sekalipun. Bagi ibu bapa yang berkerjaya, masa yang paling sesuai untuk makan bersama setiap hari adalah pada waktu makan malam.  

Terdapat banyak manfaat dalam makan bersama ini.

1. Kemesraan dalam menyediakan makanan

Apa salahnya kalau satu keluarga saling tolong-menolong dlam fasa penyediaan makanan. Anak-anak boleh mengurangkan kepenatan ibu dan bapa dan makanan juga akan tersedia dengan lebih cepat. Gurau senda semasa proses memasak ini akan dapat menikkan mood dan emosi setiap ahli keluarga. Anak-anak kecil juga boleh dididik nilai tolong-menolong dan bertanggungjawab.

2. Penyediaan nutrisi yang sihat.

Makanan yang disediakan sendiri semestinya akan lebih berkhasiat daripada makanan yang dibeli dari luar. Hal ini akan membantu proses tumbesaran anak-anak dan memastikan mereka mempunyai diet yang sihat dan seimbang.  

3. Membantu menyelesaikan masalah

Ketika waktu makan inilah masa yang elok untuk mewujudkan komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak. Hal ini boleh membantu anak-anak dalam menjadi lebih terbuka kepada ibubapa tentang masalah dan emosi mereka. Hal ini akan membangunkan hubungan yang sihat secara dua hala.

4. Pengajaran tentang adab dan nilai murni

Bagi anak-anak kecil, masa inilah di mana mereka belajar dan mengetahui tentang adab sopan dan nilai-nilai murni yang di kemudian hari boleh dipraktikkan dalam kehidupan mereka dewasa kelak. Anak-anak kecil belajar melalui pemerhatian secara terus terutamanya daripada ibubapa mereka.

Baca juga  Jika Tidak Mampu Tunaikan, Jangan Sesekali Berjanji

5. Memangkin rutin harian

Hal ini boleh menjadi rutin. Dengan wujudnya rutin dalam kehidupan sebenarnya bukanlah perkara yang buruk. Sdengan ini, anda boleh mengaturkan perjalanan hidup harian anda supaya ia dapat mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita.

Jangan kerana mengejar harta yang tidak pernah puas, kita terlepas pandang akan hal ini. Bijak membahagikan masa untuk keluarga anda supaya anda tidak menyesal dikemudian hari. Sekian petikan dari Kompas

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *