Cari...

Gaya Hidup Niaga

Harga Rumah Bakal Turun Disebabkan Impak Ekonomi Sekarang

Kongsi

Harga rumah dijangka akan jatuh sehingga 20% dalam beberapa bulan akan datang seiring dengan pertambahan jumlah pemilik hartanah yang mahu menjual. Ia berikutan impak ekonomi yang disebabkan oelh wabak COVID-19.

Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) Lim Boon Ping membuat jangkaan tersebut dalam forum atas talian Asean Real Estate Forum.

“Pasaran hartanah Malaysia akan bertukar menjadi pasaran pembeli (penjual lebih ramai dari pembeli) dalam beberapa bulan akan datang. Sebelum ini pasaran hartanah kita adalah pasaran penjual (pembeli lebih ramai dari penjual).

“Akibatnya, harga rumah akan jatuh 10%. Paling banyak pun akan jatuh 20%.”

Bagaimanapun analisis dari iProperty mendedahkan kebarangkalian harga rumah yang mampu milik dan terletak di lokasi strategik untuk jatuh adalah rendah.

“Harga rumah sudah menunjukkan trend stabil kerana kadar peningkatan harganya semakin mengecil sejak 2018.

“Tetapi rumah yang mempunyai harga mampu milik berkemungkinan besar tidak akan turun kerana bank akan menurunkan kadar faedah pinjaman untuk menggalakkan orang membeli.

“Rumah yang harganya mampu milik, berada di lokasi strategik dan mempunyai akses kemudahan yang lengkap akan bertahan harganya. Jika anda membeli rumah-rumah sebegini, harganya tidak akan turun.”

Masih ada orang beli rumah semasa PKP

Boon Ping turut memberitahu disebalik perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas, masih ada urusan hartanah yang berjaya menemui pembeli.

“Ada beberapa kes di mana ahli kami berjaya menjual hartanah walaupun pembeli tak tengok pun lagi hartanah tersebut.”

Beliau turut menggalakkan ejen hartanah untuk terus menggunakan teknologi untuk memasarkan unit hartanah mereka ketika penguatkuasaan PKP.

International Monetary Fund (IMF) sebelum ini membuat kenyataan Malaysia bakal mempunyai Keluaran Dalam Kasar Negara (KNDK) paling pantas pertumbuhannya dalam kalangan lima negara Asean pada 2021.

Baca juga  Tumbuh Gigi Bongsu Sangat Menyakitkan Sampai Boleh Demam

Bagaimanapun Boon Ping memberitahu beliau ada mendengar pendapat yang berbeza.

“Ada yang kata negara Asean akan bergelut sikit [pada tahun ini]. Tapi apa yang pasti, aktiviti ekonomi akan kembali rancak selepas wabak ini.”

Forum tersebut turut menjangkakan akan muncul orang kaya baru selepas wabak COVID-19 berakhir yang akan mencari hartanah.

“Mereka yang terlibat dalam penghasilan peralatan perubatan seperti cecair nyahkuman dan topeng muka akan ada modal. Ejen hartanah perlu meluaskan rangkaian mereka kepada pemilik-pemilik perniagaan ini.

“Selepas wabak COVID-19, ejen hartanah perlu sasar orang betul daripada industri betul.”

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *