Connect with us

Haram Menggunakan Straw Bermula 1 Januari?

Gaya Hidup

Haram Menggunakan Straw Bermula 1 Januari?

Kementerian Wilayah Persekutuan laksana peraturan baru

PUTRAJAYA, 10 Muharram 1440H, Khamis – Bermula 1 Januari tahun depan, semua perniagaan makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tidak lagi dibenar menggunakan ‘straw plastik’.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan berkata, mana-mana perniagaan yang didapati masih menggunakan ‘straw’ tahun depan, bakal berdepan tindakan pembatalan lesen perniagaan.

“Pemilik perniagaan juga akan dikenakan denda, hilang deposit, barangan perniagaan dirampas atau boleh dipenjara.

“Larangan terhadap straw plastik adalah sebagai tambahan kepada larangan beg plastik dan polysterin yang bermula September tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, perintah itu tercatat jelas dalam lesen perniagaan dan ianya bukan menjadi alasan kepada pemilik perniagaan untuk tidak mematuhinya.

Beliau berharap semua pusat perniagaan akan bekerjasama dan mematuhi keperluan itu demi persekitaran yang lebih baik.

sumber: wassap group

Baca juga  ‘Momo Challenge’ Galakkan Kanak-kanak Bunuh Diri
Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Gaya Hidup

Ke Atas
loading...
loading...