Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Hanya Dengan Senyum, Dapat Hilangkan Stress

Kongsi

Setiap orang ada masalah peribadi, bukan semua orang mampu mengendalikan masalah. Ada yang tidak mampu mengawal stress sehingga mengakibatkan kemurungan. Ada yang mengatasi masalah dengan senyuman. Bukan mudah untuk senyum ketika dilanda masalah, namun ianya adalah ubat paling mujarab jika anda sedang stress.

Senyuman merupakan salah satu ungkapan yang mencerminkan kesihatan jiwa dan reaksi seseorang ketika sedang gembira.  Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri. 

Foto: nepalsutra.wordpress.com

Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Foto: wallpapersqq.net

Berikut pula merupakan 5 kesan baik dari senyuman untuk kesihatan.

1. Melambatkan proses kedutan di wajah

2. Menghilangkan Stres

3. Meningkatkan Kekebalan Tubuh

4. Menormalkan Tekanan Darah

5. Menghilangkan Rasa Sakit

Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Oleh itu, sentiasalah mengukir senyuman walaupun ketika bersedih dan dalam kesusahan. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya, jika anda bersabar sudah pasti akan menemui jalan terbaik untuk menyelesaikannya.

Senyum adalah ubat hati, jadi senyumlah selagi mampu. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Baca juga  Terlalu Kerap Menghadap Telefon Bimbit, Tengkorak Tumbuh Tanduk - Kajian
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *