Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Hancur Hati Kerana Cinta, Ini Cara Untuk Mengatasinya

Kongsi

Hancur hati apabila berakhir hubungan cinta yang telah terjalin. Walaupun seketika, ianya memberi impak yang tinggi kepada pasangan. Mungkin bagi sesetengah orang, perkara ini nampak mudah tapi hakikatnya menangung keperitan patah hati yang teramat sangat. Walau bagaimanapun, ada juga yang merngharunginya dengan perjuangan yang hebat.

Hancur Hati

Walau macam mana cara anda putus, untuk meneruskan kehidupan tanpanya mungkin menjadi cabaran emosi bagi anda. Namun, di sini ada beberapa perkara yang dicadangkan oleh ahli psikologi apabila patah hati.

1 Biarkan diri anda menangis

hancur hati
Foto: abc.net.au

Disaat pertama perpisahan, sangat normal untuk merasakan kesedihan akibat dari perpisahan yang membuat anda menangis. Dalam keadaan seperti ini, menangis juga merupakan bentuk ledakan emosi yang tidak sembuh tetapi sekurang-kurangnya mampu membuat perasaan lebih lega. Tidak mengapa untuk melepaskan diri dan menangis dalam kesedihan. Ini biasa, percayalah.

2 Berhenti menolak apa yang berlaku

hancur hati
Foto: powerofpositivity.com

Dalam sesetengah keadaan, kejutan mungkin timbul untuk apa yang berlaku. Sepanjang tempoh ini, biasanya seseorang akan kerap mengingati detik-detik indah yang telah berlaku. Tetapi apa yang perlu diingatkan ialah segala-galanya telah berlalu.

Kemudian, berhenti menolak apa yang berlaku sehingga anda berfikir dia akan kembali kepada anda. Ingat kenapa anda memutuskan untuk mengakhiri hubungan itu.

3 Terima setiap perubahan

Foto: the telegraph.co.uk

Apabila keadaan anda mula tenang, cuba terima setiap perubahan yang ada. Tidak kira betapa gembiranya anda dengannya, segala-galanya sudah di masa lalu. Dan hari ini adalah hari baru yang mesti anda alu-alukan. Lakukan apa sahaja yang boleh membuatkan anda melihat masa depan yang lebih baik.

4 Ketahui kelemahan anda sendiri

Foto: lifehack.org

Selepas berpisah, adalah perkara biasa untuk melihat banyak perkara dan mengalami hari yang baik dan buruk. Oleh itu, biarkan diri anda merasakan segalanya, kelegaan dan kepahitan. Tetapi satu perkara yang pasti, hati yang patah yang anda rasai bukanlah sebab untuk mula merasakan kesedihan dalam diri anda sendiri. Setiap duka hari ini hanyalah sementara dan merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan.Unsplash/Alexei Scutari

Baca juga  Ketahui Kelebihan Berkahwin Dengan Wanita "Ulat Buku"

Tidak semestinya orang sentiasa kuat menghadapi masalah, terutamanya apabila patah hati. Akan ada masa anda akan rasa sangat sedih dan sangat lemah. Walaupun anda masih boleh ketawa di luar, itu tidak bermakna anda terpaksa menghadapi badai bersendirian. Minta bantuan daripada orang terdekat, terutamanya pada masa yang paling sukar seperti ini.

5 Fokus untuk menyembuhkan diri anda

hancur hati
Foto:

Penyembuhan diri adalah kunci penting yang mesti dilakukan untuk melalui masa-masa sukar akibat hati yang patah. Berehat, bersenam, travel, makan dengan baik, atau melakukan apa sahaja yang anda mahukan. Semakin banyak perkara yang dilakukan dengan baik, semakin baik perasaan anda.

6 Melihat semula perjalanan hidup anda

hancur hati
Foto: Pascasiswazah .com

Ini adalah tempoh paling kritikal bagi proses move on. Lihat apa yang boleh anda pelajari dari hubungan terdahulu. Bukan itu sahaja, cuba berserah dan maafkan segala yang menyakiti anda untuk membuka peluang untuk cinta baru.

7 Percayalah dengan harapan

hancur hati
steemit.com

Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan pasti akan mendatangkan kebaikan untuk kita pada masa akan datang. Tetapkan harapan dalam hati anda dan percaya anda akan menempuh masa depan yang lebih baik. Berterima kasih atas pengalaman hidup masa lalu. Apabila anda mula menerima, akan ada banyak kemudahan selepas hati yang patah dirawat.

Selepas anda dapat move on, itu tandanya anda berjaya mengawal emosi anda. Dan bersikikap positif dalam kehidupan mampu memberi semangat juang dalam hidup walaupun tanpanya. Hal ini kerana banyak lagi yang belum di “tackle” kan?

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *