Cari...

Gaya Hidup

Grab Car Demi Anak OKU dan Suami Kanser, Seorang Warga Emas

Kongsi

Orang tua yang sudah bergelar warga emas ini sanggup buat grab demi menanggung perbelanjaan anak OKU nya serta suaminya yang menghidap sakit kanser. Sungguh memilukan hati bila melihat kepayahan hidup orang lain demi menjaga keluarga.

Setiap manusia pasti pernah menghadapi masalah dan cabaran berbeza dalam hidup. Boleh jadi di usia muda dan juga di usia tua. Tak disangkal lagi memang memerlukan kekuatan jiwa dan mental untuk menghadapi setiap masalah.

Buat Grab

GrabTaxi Holdings Pte. Ltd. (dikenali sebagai Grab) ialah sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia TenggaraMalaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar, dan Kemboja.

Walaupun pada asalnya bersaing dengan Uber, pengambilan Grab untuk operasi Asia Tenggara Uber pada Mac 2018 telah menjadikannya satu-satunya perkhidmatan perkongsian utama di rantau ini.

grab

Baru-baru ini, personaliti televisyen Fedtri Yahya berkongsi mengenai seorang wanita dikenali sebagai Puan Misnah, 60, tahun berasal dari Labuan yang masih bekerja keras sebagai pemandu Grab untuk mencari nafkah bagi menyara suami yang menghidap kanser usus dan anak sulung orang kurang upaya (OKU).

Kisah makcik ini dikongsikan Fedtri di Facebook yang kebetulan menjadi penumpang Grab Puan Misnah sewaktu dia ada urusan kerja di Labuan.

Individu luar biasa seperti Puan Misnah harus dipuji dan perlu diberi bantuan di kala dia membuktikan kepada masyarakat mengenai kemampuan manusia apabila berdepan dengan masalah sepertinya.

“Kepada sesiapa yang akan ke Labuan atau yang tinggal di sana, jika anda salah seorang penumpang Puan Misnah, berilah sedikit sumbangan kepada makcik ini selain dari duit tambang perjalanan. Sedikit sebanyak dapat membantu,” tulisnya.

Puan Misnah

Apa yang dikatakan liku-liku hidup, walau apa pun cabarannya, kehidupan ini perlu diteruskan. Walau tanpa pertolongan orang lain, yakinlah ini adalah ujian dari Allah. Semoga segalanya dipermudahkan buat makcik berjiwa kental ini.

Baca juga  Garisan Pada Kuku Petanda Kanser Kulit
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *