Cari...

Kesihatan

Garisan Pada Kuku Petanda Kanser Kulit

Kongsi

Tahukah anda, apabila anda merasakan pada bahagian kuku anda sakit merupakan tanda awal bahawa anda mengalami kanser kulit. Penjagaan kuku sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana pada bahagian kuku sangat mudah tergumpulnya bakteria. Jika ada kuku yang sakit dan rosak tidak di rawat dengan segera ia akan mengakibatkan masalah kesihatan anda merundum dan sekaligus boleh menjerumus masalah kuku menjadi kanser kulit yang di kenali sebagai Subungual Melanoma.

Apa Itu Melanoma?

Foto: wikipedia

Melanoma merupakan kanser kulit yang bermula pada fasa melanocytes di mana, munculnya sel pigmentasi kulit. Sesetengah melanocytes akan membentuk lubang dan sesetengah lubang yang terhasil merupakan sel kanser.

Kanser melanoma sukar untuk di rawat jika tidak dapat di kesan dengan awal, jika kanser ini lambat di kesan ia akan merebak sehingga ke organ tubuh dalaman yang lain. Melanoma berlaku apabila sebahagian anggota badan terdedah dengan ultraviolet seperti muka. Dan sesetengah melanoma muncul di kawasan bawah kuku yang di kenali sebagai Subungual Melanoma.

Apa Itu Subungual Melanoma?

Foto: healthline.com

Subungual Melanoma wujud menerusi matrix kuku yang merupakan keratin original. Untuk makluman, antara kanser lain yang berkaitan dengan kuku adalah Ungula Melanoma, di mana ia berlaku pada dalam kuku dan mana kala Periungual Melanoma pula datang pada kulit bersebelahan dengan kuku. Oleh sebab itu, kebersihan kuku sangat penting dalam menghindari kanser.

Tanda-tanda Subungual Melanoma

  • Kuku berwarna coklat atau hitam tanpa sebarang luka atau kecederaan.
  • Garis-garis yang terdapat pada kuku semakin bertambah
  • Lebam yang terdapat pada kuku tidak sembuh dan kuku yang tumbuh juga terdapat lebam
  • Kuku tangan atau kuku kaki terkeluar dari landasan kuku
  • Kulit pada sebelah kuku menjadi gelap
  • Kuku berdarah atau kuku menjadi bengkak
  • Kuku menjadi retak, menipis dan terkeluar dari landasan kuku
  • Rasa sakit pada kuku
Baca juga  Atasi Masalah Mulut Berbau Walaupun Selepas Gosok Gigi

Orang Yang Menghidapi Risiko Subungual Melanoma

Jika kuku anda menghidapi kanser kulit subungual melanoma ia bermakna terdapat beberapa faktor risiko yang boleh terjadi kepada diri. Antara risiko-risiko yang bakal di hadapi adalah:

  • Kulit menjadi semakin gelap
  • Menjadi lebih tua daripada 50 tahun
  • Menghadapi sejarah trauma pada jari tangan atau kaki
  • Menghadapi masalah imunosupresif seperti HIV

Faktor risiko ini berlaku apabila subungual melanoma semakin teruk dan kerap terdedah dengan cahaya matahari dan ultraviolet.

Rawatan Subungual Melanoma

Foto: http://health.insuresavvy.com.my

Setelah doktor mengenalpasti bahawa kuku anda menghidapi kanser subungual melanoma, doktor akan memulakan rawatan dengan membuang kawasan yang dijangkiti menerusi pembedahan. Dan semasa proses rawatan ini, kuku anda berkemungkinan akan dibuang secara keseluruhannya atau sebahagian.

Jika kanser ini telah merebak sehingga ke organ tubuh badan yang lain, maka ia memerlukan rawatan yang lebih intensif berbanding dari membuang kawasa yang dijangkiti.

Menerusi pembedahan di bahagian kawasan yang dijangkiti, doktor akan mencadangkan untuk anda meneruskan terapi untuk mengelakan kanser subungual dari terus merebak. Dan rawatan ini mungkin mengandungi kemoterapi dan juga radiasi.

Bagaimanapun, terapi radiasi sering digunakan sebagai rawatan untuk mengurangkan kesakitan untuk individu yang menghidapi melanoma. Rawatan ini akan dapat membantu mengurangkan sakit dan sel kanser dari terus tersebar. Meskipun begitu, ia tetap tidak dapat menyembuhkan kanser kuku yang dihadapi, cuma sekadar mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan penyebaran sel kanser di tubuh badan.

Jika anda memiliki kuku dengan tanda-tanda seperti di atas, segera mendapatkan rawatan di hospital dan kenalpasti masalah kuku yang dihadapi dengan pasti dan awal.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *