Cari...

Artis Gaya Hidup Info Menarik Kecantikkan Kesihatan Style unik

Gadis “Blue Dragon” Dengan Bebola Mata Biru

Kongsi

Pernahkah anda membaca tentang gadis yang mentattoo matanya sehingga buta? Namun, gadis ini masih berdegil untuk membuat perubahan pada tubuh badannya. Namanya tersebar dengan nama gadis naga iaitu “Dragon Girl”.

Amber mewarnakan rambut biru berpadanan dengan bebola mata warna sama.

Instagram/Amber Luke

Seorang wanita digelar gadis naga kerana menghabiskan wang lebih £20,000 (RM105,000) untuk mencacah tatu dan tindik pada badan kini tayang modifikasi badan terbarunya.

Amber Luke, 24, dari New South Wales, Australia kini tampil dengan set gigi taring dan mencacah tatu dakwat biru pada bebola matanya.

Memetik laporan The Sun, Amber mula melakukan modifikasi ekstrem pada tubuh sendiri seawal usia 16 tahun dan kini, dia ada lebih 130 tatu.

Selain mengubah warna bebola mata, gadis ini memiliki lidah bercabang selepas membelahnya dan tindik lubang telinga yang dibesarkan.

Proses mewarnakan bebola matanya mengambil masa selama 40 minit, dengan risiko dia boleh jadi buta kekal. Malah Amber dikatakan tidak berupaya melihat selama tiga minggu sehingga bebola matanya sembuh.

Kini bergelar ‘naga bermata biru’, gadis itu melawat Amerika Syarikat pada tahun ini untuk meningkatkan imej mengerunkan dengan mendapatkan set gigi taring pada mulutnya.

Gigi taringnya cukup tajam hingga mampu menembusi dan memotong daging.

Gadis ini turut memiliki gigi taring tajam.

Instagram/Amber Luke

Memetik laporan Daily Mail via laman The Sun melaporkan Amber sebagai berkata: “Saya memilih gigi taring kira-kira dua tahun lalu. Saya tahu saya mahu ia sebahagian daripada rupa sendiri. 

“Satu hari nanti saya akan mendapatkan (set gigi taring) kekal.”

Amber menunjukkan lidah bercabangnya.

Untuk menyerlahkan warna kebiruan pada mata, Amber baru-baru ini memilih untuk mewarnakan rambut blonde asal kepada biru terang.

Baca juga  Cara Untuk Melebatkan Buah Lemon

Dia juga masih mencari ilham untuk melakukan lebih banyak modifikasi badan.

Amber berkata: “Saya rancang untuk mendapatkan tatu ketika di Melbourne daripada sekurang-kurangnya empat artis tatu berbeza. Dan saya merancang untuk empat sesi ukiran lemak pada perut dan punggung.”

Amber miliki lebih 130 tatu pada seluruh tubuhnya.

Instagram/Amber Luke

Percaya atau tidak, dia mendakwa berasa lebih yakin disebabkan seni pada badannya.

Dia merumuskan pandangan sinis daripada khalayak dengan berkata: “Saya tidak mendatangkan bahaya kepada sesiapa. Saya buat apa saya suka. Jika ia membuatkan saya bangun dan jadi gembira, jadi biarlah.” 

Apa-apa pun, setiap perubahan yang kita buat pada anggota badan kita akan menjadi impak besar apabila sudah berumur. Ingatlah bahawa kita juga akan tua juga suatu hari nanti. Adakah tattoo itu untuk kita bangga-banggakan untuk anak cucu kita nanti?

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *