Cari...

Gaya Hidup Kecantikkan

Fesyen Muslimah Yang Mampu Menarik Perhatian Jejaka

Kongsi

Wanita muslimah sudah tentu sukakan fesyen yang cantik dan menarik buat suami mereka. Mereka boleh tampil ayu walaupun berpurdah atau bertudung, kualiti kain dan jenis kain yang digunakan sangat memberi impak positif kepada pengguna. Selain itu, warna juga memainkan peranan penting dalam pemilihan tudung atau jubah mereka.

Warna Pakaian

Bagi Muslimah Dara

wanita muslimah
Foto: hahnconsultinggroup.com

Bagi yang belum berkahwin, warna yang sesuai digunakan adalah warna yang terang. Warna yang terang mampu menyerlahkan keanggunan dan kecantikkan dalam diri wanita. Ramai remaja yang sukakan warna yang terang dan menonjol.

Bagi Muslimah Yang Sudah Berkahwin

wanita muslimah
Foto: bharian.com.my

Lelaki sangat suka muslimah yang mengenakan pakaian yang berunsur lembut, tidak terlalu cerah. Warna lembut seperti warna biru muda, ungu muda, hijau muda dan sebagainya. Dengan kata lain, kesesuaian pakaian muslimah adalah untuk suami. Oleh itu, bila ikut kemahuan suami, hubungan akan bertambah erat dan rapat.

Jika anda suka mencari pakaian muslimah, sila layari indojilbab.com kerana di situ banyak pakaian muslimah dijual secara atas talian.

Jenis Kain

Dull Satin Valentro

Fabrik ini jika di bandingkan dengan satin-satin jenis yang lain, material nya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Kain dull satin jenis ini berasal daripada Korea. Dull satin ini ada 2 jenis iaitu valentro dan heavy valentro, jenis kain ini di kategorikan mengikut berat dan ketebalan masing-masing. Warnanya tidak terlalu berkilat dan kelihatan elegan bila di gayakan. Jenis fabrik ini membuat kan jubah kelihatan flowy semasa dipakai.

Kain dull satin valentro mempunyai banyak pilihan warna seperti warna-warna asas, warna terang, dan juga warna pastel. Kain jenis ini berbidang 60 inch, hanya 3-3.5meter sudah mencukupi untuk membuat sehelai jubah. Kain valentro adalah jenis ‘washable’ dan perlu di gosok untuk kelihatan lebih rapi.

Baca juga  Potensi Untuk Berjaya Dengan Minum Kopi Setiap Hari

Como Crepe

Kain jenis ini sangat di gemari oleh peminat jubah di Malaysia. Materialnya lembut dan tidak panas. Kain nya agak berat berbanding kain satin. Material como crepe tidak jarang, dan tidak mudah berkedut. Ciri-ciri kain como crepe yang berat membuatkan si pemakai nampak agak kurus ketika menggayakannya.

Kain como crepe mempunyai banyak pilihan warna daripada warna-warna gelap sehingga pilihan warna-warna terang. Kain como crepe adalah material washable dan perlukan light ironing sebelum di pakai.

Moss Crepe

Fabrik Moss Crepe ini juga mempunyai peminat yang tersendiri kerana kelebihannya yang tidak perlu di gosok. Materialnya yang lebih lembut berbanding kain como crepe membuatkannya lebih sedap dan sejuk di pakai. Material jenis ini lebih nipis berbanding como crepe tetapi tidak jarang dan selamat. Kain moss crepe bukan sahaja sesuai di buat jubah tetapi juga untuk blouse dan cardigan panjang.

Kain jenis ini juga seperti como crepe, bersifat berat dan jatuh membuatkan si pemakai tampak lebih slim ketika mengenakannya. Pilihan warna untuk moss crepe juga banyak, ada juga yang dual tone. Material ini tidak turun warnanya ketika basuh dan langsung tidak perlu di gosok. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang memangku anak.

Dalam pemilihan kain, sangat penting bagi wanita kerana ianya melibatkan keselesaan kepada pemakainya. Tidak terasa gatal-gatal, tidak menyakiti kulit dan sebagainya.

Sumber: https://raniaamani.wordpress.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *