Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Fakta Menarik Tentang Wanita Dan Merah Jambu

Kongsi

Fakta warna merah jambu ataupun pink ini sememangnya warna kegemaran ramai kaum wanita, namun begitu ramai juga lelaki yang sukakan warna lembut ini. Ramai beranggapan bahawa lelaki yang gemar dengan warna ini perwatakkan mereka juga cenderung lembut.

Sebenarnya ianya tidak benar, kerana wanita sendiri yang sukakan warna ini tidak semua perwatakkan lembut. Ada beberapa perkara yang anda tidak tahu, mengapa ramai kanak-kanak sangat sukakan warna ini. Merah jambu lebih cenderung kepada sukakan kecomelan.

fakta merah jambu
Foto: Fimela.com

Saintis menjelaskan beberapa sebab mengapa kanak-kanak perempuan lebih tertarik pada warna merah jambu. Sejak zaman purba, peranan wanita (dan kanak-kanak perempuan) adalah pengumpul makanan sementara tugas lelaki ada memburu.

Pada zaman prasejarah dan seterusnya, dalam komuniti pengumpul makanan, buah beri dan buah-buahan lain yang mempunyai warna terang merupakan makanan ruji mereka. Teori yang berkait ini menjelaskan wanita membangunkan penglihatan warna yang lebih baik daripada pemburu, sehingga mereka dapat melihat buah masak ini di hutan tebal ataupun dalam keadaan tersorok.

Dalam erti kata lain, secara biologinya, mereka menjadi lebih mudah untuk melihat merah jambu dan merah. Teori lain pula berkaitan dengan emosi dan keibuan yang mana sifat wanita lebih mudah menunjukkan emosi mereka melalui perlakuan. Apabila menangis, atau berasa malu, kulit wanita akan menjadi merah jambu atau kemerah-merahan sama seperti bayi ketika menangis atau demam.

Fakta unik mengenai wanita dan warna merah jambu

fakta merah jambu
Foto: Blog Unik

1. Romantis dan Feminin

Dalam bahasa Belanda, merah jambu bererti roze, manakala bahasa Perancis, ia disebut la rose yang bererti bunga mawar.

Di negara yang terkenal dengan kincir air itu, merah jambu digambarkan sebagai romantis, damai dan pada umumnya sifat feminin yang menggambarkan karakter seorang wanita.

Baca juga  Khasiat Petai Yang Anda Tidak Tahu

2. Seorang yang menyenangkan

Secara psikologi, merah jambu adalah rona yang menenangkan, memberikan perasaan hangat dan lembut, serta mengurangkan perasaan marah dan agresif.

Setuju atau tidak, hampir semua wanita yang mengenakan pakaian merah jambu kelihatan manis, lembut dan tenang sama ada sedar mahupun tidak.

Hal itu disebabkan warna berkenaan amat sinonim dengan wanita.

3. Menunjukkan sifat alami perempuan

Dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Universiti Newcastle, membabitkan 50 wanita yang diminta untuk memilih warna pakaian digemari, ternyata 39 daripada mereka memilih warna yang hampir rona merah dan kebanyakan adalah merah jambu.

Pemerhatian itu menunjukkan bahawa wanita memiliki kelebihan dalam memilih buah-buahan yang sudah masak jika dibandingkan dengan lelaki.

4. Tanda jatuh cinta

Menerusi satu lagi kajian yang diadakan secara berasingan, naluri kewanitaan untuk lebih cenderung menggemari warna merah jambu biasanya apabila ketika mereka sedang mabuk cinta atau menyimpan rasa suka terhadap seorang lelaki.

Meskipun terdapat sebilangan wanita menyukai warna lain, misalnya biru, hijau, putih, kuning, bahkan hitam, pasti terselit sekurang-kurangnya satu atau dua persalinan berwarna merah jambu di dalam almari mereka.

Pemerhatian itu menunjukkan merah jambu amat sinonim dengan wanita dengan segala sifat kewanitaan yang melekat padanya. Namun begitu, mereka yang menyukai warna selain merah jambu juga cenderung ke arah personaliti mereka sendiri mengikut warna kesukaan. Sekian petikan dari hijabheels.com

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *