Cari...

Gaya Hidup

Fakta Kenapa Sajian Bufet Cepat Rasa Kenyang

Kongsi
buffet

Kalau kita pergi makan di jamuan kawan-kawan atau di restoran, mesti ada menyediakan makanan secara bufet. Tentu anda rasa sangat berselera melihat banyak makanan yang sedap-sedap. Tapi, apabila makan, anda pula cepat rasa kenyang.

Pernah tak terfikir kenapa cepat sangat rasa kenyang apabila makan di jamuan bufet, padahal banyak lagi makanan yang belum dirasa?

Apabila makan hidangan bufet, anda sebenarnya sudah terjerumus dengan permainan psikologi. Kenapa pula? Menurut mashed.com, hidangan bufet biasanya menyediakan sajian utama berkabohidrat tinggi seperti nasi putih, nasi goreng dan mi goreng.

Foto: sheratongrandesukhumvit-onlinestore.com

Kebanyakan restoran atau pihak katering biasanya menyediakan hidangan sebegini kerana ia adalah cara mudah untuk membuat tetamu berasa kenyang dengan cepat. Begitu juga dengan kentang goreng dan kentang lecek yang anda ambil sebagai sajian utama supaya meningkatkan rasa kenyang dengan cepat.

Dalam masa sama, jika anda perasan saiz pinggan juga memainkan peranan penting dalam sajian bufet. Kebanyakan bufet menyediakan piring lebih kecil selain menggantikan mangkuk sup dengan ramekin yang mendorong anda berfikir sama ada mahu memenuhkan makanan dalam pinggan besar atau berulang ke meja sajian untuk menambah makanan.

Foto: myfave.com

Bagaimana pula dengan anda? Sanggup berulang-alik untuk menambah makanan atau sekali jalan sahaja dengan memenuhkan pinggan makanan anda? 

Baca juga  Terdapat Lebih 10 Ribu Bakteria Dalam Beg Tangan Wanita
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *