Cari...

Antarabangsa

Dubai Menjadikan Motorsikal Terbang Pertama Untuk Polis

Kongsi
motor terbang

Melihat motorsikal terbang, memang sukar untuk menjayakannya namun di negara Dubai, mereka mebuat jentera bermotor ini sebagai jentera polis suatu hari nanti. Maka, mereka mula untuk berlatih untuk menggunakan motosikal terbang.

Banyak sudut yang kita lihat, dari segi keselamatan memang risikonya tinggi. Malah, orang yang menggunakan nya bukan calang-calang orang. Bermakna ia bukan kenderaan untuk orang awam.

Memang sudah dijangka bahawa model-model kenderaan terbang masa depan kini makin canggih. Tak sangka bahawa motorsikal pun boleh terbang. Memang geliga lah kepala hotak diorang kan?

Impian melihat kenderaan terbang bakal jadi kenyataan. Menariknya, jentera terbang itu (lebih tepat lagi, motor terbang) bakal digunakan sebagai pengangkutan peninjau polis menjelang 2020. Di Dubai, khabarnya polis di bandar raya itu sedang menjalani kursus pengendalian hoverbike buatan syarikat California, Hoversurf.

Motorsikal Terbang

Hoverbike S3 (2019) itu, yang seberat 114kg, boleh terbang pada kelajuan 97kmj dengan ketinggian 5 meter dari tanah. Menggunakan frem monokok gentian karbon, motor terbang itu dipadankan sistem pelepasan dan pendaratan auto dengan tetapan altitud dan pilihan kawalan  jauh.

Motorsikal Terbang
Foto: youtube.com

Polis Dubai berhasrat menggunakan hoverbike sebagai kenderaan respon pertama di lokasi yang sukar dijangkau menjelang 2020. Namun, masa penerbangan maksimum yang cuma bertahan 10-25 minit sedikit sebanyak mengehadkan keberkesanan tugasan.

Bateri LiNiMnCoO2 (litium nikel mangan) mampu terbang selama 2.5 jam dengan sekali cas penuh tanpa perlu menanggalkan bateri daripada motor, manakala masa penerbangan dapat bertahan hingga 40 minit dalam mod dron. Ramai mendakwa fizikal Hoverbike S3 agak berbahaya kepada penunggang dan orang awam, tetapi Pegawai Maklumat Polis Dubai, Khalid N Alrazooqi berkata, versi akhir motor terbang itu akan didatangkan dengan bilah kipas berserta cincin di sekeliling.

Baca juga  Influenza A, Siapakah Yang Menyebarkan Virus Ini?

Jika berminat dengan Hoverbike S (2019), anda boleh memilikinya pada harga AS$150,000 (RM63,0510). Polis kita minat tak?

Sumber: pandulaju.com.my

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *