Cari...

Uncategorized

Disaman Kerana Ayam Jantan Berkokok Setiap Pagi

Kongsi

Ayam jantan memang berkokok setiap pagi. Perkara yang tidak pernah disangka-sangka apabila disaman hanya kerana ayam jantan berkokok setiap pagi. Malah ia sebenarnya adalah lumrah alam apabila ayam berkokok pada setiap pagi. Kes ini berlaku di sebelah barat, Paris.

Ayam jantan yang diberi nama Maurice itu cukup dikenali di kawasan Saint-Pierre-d’Oleron, Paris. Ini kerana bunyi kokokannya setiap pagi di kawasan itu seolah jam loceng yang mengejutkan penduduk di sekitar.

Disebabkan oleh jiran sebelah rasa rimas dengan bunyi ayam tersebut, Maurice disaman oleh sepasang suami isteri kerana rimas dengan bunyi ayam itu mengokok setiap pagi.

Bagaimanapun tindakan itu telah menimbulkan kemarahan pemilik haiwan di kampung itu dan mereka tekad berkumpul di luar mahkamah untuk memberi sokongan kepada pemilik ayam berkenaan, Corrine Fesseau.

ayam jantan berkokok
Corrine dan Maurice

Ayam Jantan Berkokok

Corrine turut menepis tuduhan yang dilemparkan pasangan suami isteri itu dan menegaskan Maurice hanya bertindak sama seperti ayam jantan lain.

Menerusi sebuah laporan, pasangan suami isteri yang mengfailkan saman itu pada asalnya memilih perkampungan itu sebagai tempat tinggal mereka kerana sukakan ketenangannya.

Namun pada 2017, pasangan itu dan mula tidak berpuas hati dengan ayam jantan milik Corrine yang sudah 35 tahun tinggal di perkampungan itu.

Bagi Corrine dan penduduk setempat agak tidak masuk akal untuk meminta ayam jantan agar tidak berkokok pada waktu pagi sedangkan itu adalah sifat semula jadinya.

Corrine masih menunggu keputusan kes ini yang masih berlangsung di mahkamah sehingga September tahun ini. Daripada saman ayam jantan ini, bagus sembelih buat Resipi Ayam Goreng Ala KFC Untuk Hidangan Anak-anak.

Baca juga  Tips Mudah Tukar Duit Raya Guna Mesin ATM
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *