Cari...

Gaya Hidup

Dilema Wanita Gemar Bawa Beg Berat

Kongsi

Beg tangan adalah satu perkara yang penting bagi wanita mahupun lelaki. Yang membezakan mereka ialah saiz beg itu sendiri. Selalunya lelaki lebih suka membawa beg tangan yang bersaiz kecil dan kadang kala hanya suka membawa dompet kemana-mana.

Tidak seperti wanita, mereka suka membawa beg tangan yang besar dan berat. Bagi mereka, makin besar beg itu, makin nampak imej ‘kaya’ ataupun mewah. Sebaliknya bagi wanita yang sudah mempunyai anak, mereka memerlukan beg yang besar bukan kerana menjaga imej, tetapi kerana terpaksa membawa peralatan anak ketika keluar berjalan.

Foto: AmazingNara

Wanita yang utamakan kecantikkan, sudah pasti apabila keluar rumah mereka akan bawa sekali beg solekan. Dimana didalam beg tersebut terdapat banyak set solekkan sehinggakan beg menjadi berat. Bukan itu sahaja, selalunya beg mereka dipenuhi oleh resit pembelian.

Tahukah anda, membawa beg terlalu berta seharian diluar akan menjejaskan kesihatan anda?

Jika anda kerap membawa beg yang berat, cepat atau lambat, kesihatan anda sedikit sebanyak terkesan dek membawa beg dengan kapasiti yang berat setiap masa dan hari. Ketahui kesan buruk dan pandangan pakar tentang membawa beg berat.

1. Menyebabkan Tubuh Badan Tegang

Foto: Edisi Viral

Menurut Dr. Robert Hayden, beg berat akan memaksa otot dan juga tulang belakang anda untuk bekerja lebih kuat untuk menampung berat tambahan di tubuh. Kesannya ia akan menyebabkan bahagian belakang badan kadang kala berasa sakit. Semakin berat beban yang dibawa, semakin banyak bahu anda perlu bekerja.

Selain itu, Dr. Karen Erickson turut berkongsi bahawa mereka yang sering membawa beg berat ini berkemungkinan mendapat penyakit arthritis. Arthritis ini sering terdapat dibahagian leher dan juga bahagian bawah leher. Penyakit ini sering dihadapi oleh orang yang membawa beban atau muatan berat dengan jangka masa yang lama.

Baca juga  Mengapa Wanita Banyak Mulut Menjadi Idaman Lelaki

2. Sering Menghadapi Sakit kepala

Foto: Kaki Melancong

Bukan itu sahaja, apabila anda sering membawa beg dengan beban yang terlalu banyak dan berat ia akan mengundang kepada kekerapan sakit kepala. Apabila otot di bahu dan di kawasan leher anda kejang dan tegang ia akan menyebabkan rasa sakit dibahagian belakang badan dan juga dibahagian belakang tengkorak anda. Jangan ingat tiada kesan samping apa-apa jika bawa beg berat ni!

3. Tubuh badan tidak seimbang

Anda perasan tak perbezaan diantara membawa beg yang berat dan juga beg ringan ke atas tubuh badan anda? Sebagai contoh, tahu tak bagi wanita yang menaiki motosikal sambil membawa beg galas yang berat akan berasa beban di bahu dan juga bahagian belakang badan. Dan merasakan perjalanan sambil membonceng motosikal berjalan dengan lancar meskipun terdapat beban dibahu.

Tetapi apabila anda membawa motosikal dengan hanya membawa beg silang yang ringan. Anda akan berasa imbangan berat di tubuh anda kucar kacir. Perbezaan ini lebih dirasai apabila anda membonceng motosikal kerana apabila kenderaan bergerak anda akan berasa seolah-olah hilang kawalan, imbangan tidak seimbang dan juga berasa diri anda mudah ditolak oleh angin apabila membonceng motosikal.Foto – Pinterest

Apabila anda membawa beg, pastikan kapasiti dan beratnya tidak berlebihan. Jika tidak kesihatan anda akan terjejas dan ini adalah petanda yang tidak bagus untuk diri anda dalam jangka masa panjang dan akan datang. Sekian petikan dari wanista.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *