Cari...

Gaya Hidup Kecantikkan

‘Diet Cepat 7 Hari’ Sebelum Hari Raya Aidil Adha. Sempat Ke?

Kongsi

Hari raya haji sudah tidak lama, berat badan semakin bertambah selepas menyambut hari raya. Bagaimana untuk mendapatkan badan ideal sebelum tiba hari raya haji? Sempat ke?

Ramai yang mengalami masalah ini, dimana berat badan sangat sukar untuk turun walaupun mengamalkan senaman dan pemakanan yang sihat. Namun, adakah anda pasti bahawa gaya pemakan anda tersebut boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat?

Mari kita amalkan pemakan ini bagi menurunkan berat badan dalam jangka masa yang singkat.

Hari 1 

Berjayanya sesuatu diet bergantung pada hari pertama ia dilakukan. Sekiranya hari pertama program diet anda berjaya dilepasi sudah pasti anda boleh melakukan hari-hari yang seterusnya dengan tenang dan berjaya. Kami kongsikan bagi menu untuk hari pertama diet anda iaitu dari bermacam-macam jenis buah-buahan. Apa yang kami sarankan ialah buah tembikai dan tembikai susu. Jauhi pengambilan buah pisang. Hari pertama anda hanya boleh makan buah-buahan saja. Jangan makan makanan yang berat pada hari pertama serta jangan lupa amalkan minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Hari 2

Maka bersambung untuk hari ke 2 pula. Hari ke dua diet anda, menunya adalah dari sayur-sayuran saja. Bukan sayura yang digoreng atau direbus, tetapi sayuran mentah saja yang boleh dimakan. Disarankan memakan sayuran seperti brokoli, timun, labu dan kobis. Jangan lupa seiringkan dengan minun air putih juga.

Hari 3

Sudah sampai pada hari ke 3 diet anda, semestinya sudah semakin mudah. Menu pada hari ketiga ini sangat menyelerakan, iaitu gabungkan menu pada hari pertama dan hari kedua sama sekali. Ikut urutan seperti sarapan sebaiknya anda makan dari segi buah-buahan pada sebelah tengahari pula anda ambil pemkanan sayur sebelah petang anda makan buah-buahan semula. Hindari dari makan kentang dan juga buah pisang serta minum air putih jangan dilupakan.

Baca juga  Wanita Buat Tatto Di Mata, Akhirnya Buta Kekal

Hari 4

Menu pada hari keempat anda perlu makan sebanyak 9 biji buah pisang dan 3 gelas susu segar. Cara pengambilan yang betul seperti sebiji pisang dan segelas susu pada waktu pagi, segelas susu dan 2 biji pisang waktu tengahari dan pada waktu malam segelas susu dan 3 biji pisang. Masih ada baki 3 biji pisang sekiranya anda masih rasa lapar anda boleh saja makan ke tiga-tiga biji pisang itu. Namun cara pembahagian seperti di atas sudah cukup buat anda rasa kenyang berpanjangan. Jangan lupa minum air putih juga.

Hari 5

Pada hari ke 5 diet, anda boleh saja makan makanan yang berat tapi hanya dalam kuantiti segelas cawan beras hanya untuk dimakan pada waktu pagi saja. Anda boleh saja makan sebanyak 7 biji buah tomato pada hari ke 5 dan selangkan dengan minum air putih sebanyak 12-15 gelas sehari.

Hari 6

Menu pada hari ke 6 ini merupakan hari yang paling ringan dan sempi berbanding pada hari-hari yang sebelumnya. Hari ini hanya boleh makan segelas nasi dan sayur-sayuran pada waktu pagi saja. Makan sayur kegemaran anda jika terasa lapar. Minuman harian air putih jangan dilupakan.

Hari 7

Anda sudah pun sampai pada hari terakhir diet. Sudah pasti anda rasa gembira kerana berjaya sampai ke hari ke 7. Pada hari terakhir ini, anda boleh akan makanan berat pada waktu tengahri dengan pengambilan segelas nasi dan makan dengan sayuran kegemaran anda. Disertai dengan jus yang segar. Namun air putih masih saja harus di minum.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *