Cari...

Info Menarik unik

Di saman Kerana Pindahkan Roh Syaitan Ke Dalam Patung Barbie

Kongsi
di saman

Seorang tukang tilik di saman kerana memindahkan roh syaitan ke dalam patung barbie. Massachusetts, Amerika Syarikat; seorang tukang tilik telapak tangan telah disaman kerana meminta bayaran 71,000 USD (RM291,135.50) untuk mengusir dan memindahkan roh syaitan perasuk dari dalam seorang gadis berusia 10 tahun ke dalam patung Barbie.

Wanita itu berjaya meyakinkan ibu kepada gadis kecil itu untuk membayarnya sejumlah itu untuk “membeli semula roh anaknya semula.”  Selain itu, tukang tilik itu turut meminta untuk mereka membeli barang-barang rumah seperti tuala, cadar katil dan patung Barbie itu untuk tujuan ritual tersebut, Metro UK melaporkan. 

di saman
Foto: cari.my

Alasan Tracey ketika ibu mangsa disoal media, dia memberitahu bahawa anak gadisnya sudah “mati di mata Tuhan,” dan dia perlu “membelikan kembali roh anaknya semula.”

Tracey Milanovich, pemilik Tracey’s Psychic Palm Reader di Somerset, telah ditangkap dan dijatuhkan 6 tuduhan jenayah termasuklah mengugut mangsa. Ketika dibacakan, kesemua pertuduhan itu dinafikannya.

Siasatan telah dimulakan semenjak 17 Disember 2019 setelah mendapat laporan daripada mangsa, dan tukang tilik tersebut ditangkap pada 27 Disember 2019.

Selain daripada itu, Milanovich berulang kali meminta wang tambahan sejumlah 6,058 USD (RM 24840.83) dari mangsa setelah pembayaran sebelumnya “hanya dapat membersihkan separuh daripada anak perempuannya.” Dia juga memberitahu mangsa untuk tidak memberitahu sesiapa atau “dunia roh akan tahu.” 

Baca juga  Pilih Kucing Berbanding Suami Sehingga Bercerai

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *