Cari...

Info Menarik Kesihatan

Daun Rerama Hijau Boleh Merawat Kanser Dan Pelbagai Penyakit

Kongsi
rerama hijau

Daun rerama hijau dipercayai boleh merawat kanser dan pelbagai jenis penyakit oleh Pihak Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian yang dijalankan ke atas daun herba ini terbukti bahawa daun pokok rerama ini mengandungi ciri-ciri anti barah dan anti keradangan.

Nama saintifik bagi daun rerama hijau ialah Mariposa Christia Vespertillonis. Daun herba ini berasal dari Rantau Asia dan boleh mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari biji benih. Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan. Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh mencapai ketinggian sehingga 5-6 kaki tinggi.

daun rerama hijau
Kredit Foto: Adenan

Khasiat Daun Rerama

Ekstrak daun pokok rerama ini mampu merawat penyakit kanser (barah) kerana ia mengandungi bahan aktif yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti kanser. Selain itu, ia boleh meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit yang berkaitan dengan sel darah merah.

Antara penyakit lain yang mampu dirawat menggunakan ekstrak daun pokok rerama ini adalah penyakit SLE, demam denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.

Kaedah Rawatan

Kaedah rawatan yang digunakan adalah dengan hanya meminum rebusan air daun rerama, sama sahaja seperti konsep merendam dan membuat air teh.

Cara Membuat Rebusan Daun Herba Rerama Hijau

  1. Ambil segenggam daun rerama hijau yang sudah dijemur kering. Anggarannya sekitar berat 5gm. Sebungkus daun rerama hijau 100gm boleh membuat air rebusan sebanyak 20 kali.
  2. Basuh daun rerama hijau dengan air bersih sebanyak 2 hingga 3 kali seperti membasuh air beras.
  3. Masukkan 3 liter air dan masak air rebusan sehingga mendidih. Selepas itu, biarkan air itu mendidih selama 10 minit.
  4. Tutup api dapur dan biarkan air rendaman menjadi suam. Air suam akan menjadi sedikit hijau kekuningan.
Baca juga  Makanan Untuk Kulit Cantik Dan Sihat Sesuai Untuk Wanita Kini

Selepas itu boleh lah diminum. Rasanya seperti air teh hijau. Sangat sedap diminum semasa suam. Air lebihan boleh dimasukan ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.

Minum segelas diwaktu pagi sebelum sarapan dan segelas lagi padawaktu malam sebelum tidur. Jika serasi dengan badan, bolehlah minum air rebusan ini bagi menggantikan air kosong.

Herba lain, Akar Periuk Kera Baik Untuk Merawat Keracunan Dalam Badan Manusia.

Sumber rujukkan: Khazanah Purba

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *