Cari...

Antarabangsa Teknologi

Cukai Peniagaan Digital Akan Dikenakan Cadangan PM Malaysia

Kongsi
cukai

Cadangan mengenai cukai dagangan secara digital oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir di sambut baik oleh Presiden Pertunas iaitu Amir Hakimin Che Razali Persatuan Tunas Usahawan Nasional ( Pertunas).

Sebagai Presiden Pertunas, Amir Hakimin Che Razali berkata, ia adalah langkah tepat untuk memastikan persekitaran ekonomi yang lebih adil dan memupuk persaingan sihat antara syarikat antarabangsa dengan syarikat digital tempatan.

Sebelum ini syarikat gergasi luar yang menyediakan perkhidmatan digital yang bertaraf dunia dan meraih pendapatan berbilion ringgit sering mengelak membayar cukai di Malaysia dengan alasan mereka tidak wujud secara fizikal di negara ini.

“Namun, secara digitalnya, syarikat ini beroperasi di Malaysia dan sewajarnya mereka juga dikenakan cukai. Tetapi, syarikat ini mengumumkan mengenai keuntungan di negara asal dan menyebabkan Malaysia kehilangan jutaan ringgit potensi hasil cukai.

“Pada masa sama, peniaga digital tempatan yang bersaing dalam industri yang sama terpaksa membayar cukai apabila jumlah keuntungan sudah melebihi RM500,000 setahun. Cadangan ini dilihat kena pada masanya dan adil kepada pembayar cukai yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amir Hakimin berkata mengenai bebanan tambahan kos yang perlu ditanggung pengguna selepas pelaksanaan cukai itu nanti, syarikat perkhidmatan digital gergasi luar negara mempunyai pilihan sama ada mahu melepaskan kos ini kepada pelanggan menerusi kenaikan harga atau mengekalkan harga dan menyerap cukai itu.

“Namun begitu, mekanisme pelaksanaan Cukai Digital ini perlu diperhalusi oleh kerajaan sebaiknya bagi memastikan cukai yang bakal diperkenalkan nanti tidak membebankan.

“Siri perundingan dan perbincangan dengan pihak berkepentingan perlu dibuat secara berterusan memandangkan ia satu pendekatan baharu oleh kerajaan,” katanya.

Sumber: www.ohmedia.my

Baca juga  Asteroid Dijangka Akan Memasuki Atmosfera Bumi
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *