Cari...

Culture Islamik

Corak Inai ‘DreamCatcher’ Boleh Merosakkan Akidah

Kongsi

Corak Inai ‘DreamCatcher’ Boleh Merosakkan Akidah. Setiap kali ada keramaian, kaum wanitalah yang paling sibuk membuat persiapan. Bermula dari membeli barang keperluan rumah, pakaian, sehinggalah aksesori  perhiasan diri, semuanya diambil kira agar dapat menyerlahkan lagi keanggunan diri.

Kalau sentuh tentang aksesori perhiasan diri wanita, memang terlampau banyak dan salah satu yang menjadi trend sekarang adalah melukis inai atau henna di telapak tangan mahupun di mana-mana anggota tubuh.

corak inai dreamcatcher
Foto: Cari.com.my

Namun suka diingatkan, wanita perlu berhati-hati dalam memilih corak yang sesuai kerana dikhuatiri ukiran henna seperti Dreamcatcher akan merosakkan akidah seseorang. 

corak inai dreamcatcher
Foto: amazon.com

Dreamcatcher merupakan perhiasan kayu berbentuk lingkaran bulatan yang dihiasi jaring dan bulu-bulu burung, digunakan penduduk pribumi Amerika (American Indians) bagi melindungi seseorang daripada mengalami mimpi buruk ketika tidur.

Dalam sesetengah kebudayaan Amerika Asli, penanda mimpi atau penangkap impian (Ojibwe: asabikeshiinh, bentuk kata yang tidak bernyawa untuk “labah-labah”) adalah gelung willow buatan tangan, yang ditenun dengan jaring atau web. The dreamcatcher juga boleh memasukkan barang suci seperti bulu atau manik tertentu.

Secara tradisional mereka sering digantung di atas buaian sebagai perlindungan. Ia berasal dari budaya Ojibwe sebagai pesona “spider web” (Ojibwe: asubakacin “net-like”, White Earth Band; bwaajige ngwaagan “snare impian”, Curve Lake Band), gelang dengan tali tenunan atau sinew dimaksudkan untuk meniru web labah-labah, digunakan sebagai pesona perlindungan untuk bayi.

Dreamcatchers telah diterima pakai dalam Pergerakan Pan-India pada tahun 1960-an dan 1970-an dan mendapat populariti sebagai “barangan kraftangan asli” yang dipasarkan secara meluas pada tahun 1980-an

Bukan sekadar kata-kata kosong, perkara ini sudah dijelaskan oleh Mufti Kelantan sendiri iaitu Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Baca juga  Pemuda Ini Mencari Jodoh Di Malaysia- Seorang Qari

Corak Inai Dreamcatcher

corak inai dreamcatcher
Foto: Pinterest.com

Kalau perasan, ramai juga wanita di Malaysia yang memilih ukiran henna seperti ini kerana dirasakan unik dan menarik bila dipandang.

Walaubagaimanapun, corak seperti ini boleh menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai ciri persamaan dengan kepercayaan agama lain. Jadi buat wanita di luar sana, jangan terlampau teruja nak menyambut keramaian dengan melukis henna begini ya.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *