Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Ciri-ciri Wanita Yang Senang Dipermainkan Oleh Lelaki

Kongsi

Ciri-ciri kebanyakkan wanita yang bercinta sudah tentu mengharapkan pasangannya benar-benar tulus dan setia mencintai mereka. Hinggakan ada wanita yang waras sanggup berkorban apa sahaja untuk kekasih tercinta atas dasar cinta semata-mata.

Tetapi kata orang tak semua lelaki itu jujur dalam perhubungan cinta, ada saja lelaki yang hanya sekadar “suka-suka” dan bercinta untuk “mengisi masa lapang”.

Lebih malang lagi jika si wanita bercinta bagai nak rak tetapi tidak sedar sedang bercinta dengan buaya darat yang menunggu mangsa baru.

Ciri-ciri wanita yang sentiasa menjadi sasaran dan senang dipermainkan :

1. Terlalu Lemah Lembut

Ciri-ciri wanita
Foto: lyceum.id

Wanita sememangnya dilahirkan dengan sifat lemah lembut yang mampu menawan hati seorang lelaki dan juga menjadi penenang jiwa kepada pasangan dan anak-anak. Namun dalam kelembutan yangmereka tonjolkan jangan pula disalah ertikan sebagai satu kelemahan.

Lemah lembut adalah sikap yang bagus namun cubalah sekali-sekala untuk tegas jika pasangan anda lakukan kesalahan. Jangan hanya diam dan menurut sahaja cakap kekasih anda kerana lelaki akan mudah untuk menipu anda buat kali kedua,ketiga dan seterusnya.

2. Jenis bersahaja

Ciri-ciri wanita
Foto: homehub.homeloans.com.au

Wanita jenis bersahaja biasanya akan sangat mudah termakan pujuk rayu maut lelaki apabila sudah tangkap cintan. Wanita jenis ini jarang menolak andai sudah sayang namun jika baru-baru kenal mungkin usaha gigih diperlukan oleh lelaki untuk tawan hatinya.

3. Lurus (Lurus Bendul)

Ciri-ciri wanita
Foto: pinterest

Wanita jenis lurus paling menjadi kegemaran lelaki buaya darat untuk dijadikan mangsa seterusnya. Mana tidaknya, jika ditipu mati-mati dia akan percaya tanpa sebarang persoalan. Wanita jenis lurus bendul sering menjadi kegemaran lelaki untuk dijadikan mangsa. Wanita lurus bendul ni jenis percaya je apa orang cakap dan jenis mengikut telunjuk.

Baca juga  Orang Yang Pernah Patah Hati Adalah Orang Yang Kuat

4. Terlalu Mudah Percaya

Foto: local.theonion.com

Wanita jenis mudah percaya terhadap lelaki akan sangat mudah untuk di tipu, lebih-lebih lagi baru sebulan kenal tapi dah percaya macam 20 tahun berkawan. Sebaiknya hindari bercinta dengan lelaki yang baru dikenali kerana anda belum tahu latar belakang lelaki tersebut. Ntah-ntah buaya darat ke atau kucing kepala hitam ke siapa tahu kan, tak rugi ambil masa kenal lebih rapat dulu.

5. Terlalu pendiam

Foto: deafworldweb

Ada sesetengah wanita jenis pendiam, namun jika terlalu pendiam juga tidak bagus. Cubalah berinteraksi dengan orang sekitar jadi dapatlah juga kongsi pengalaman orang lain. Pengalaman sangat penting agar kita lebih berhati-hati bila berdepan masalah yang sama dengan orang lain.

Ingat, cinta itu mengasyikkan dan juga mampu membutakan hati. Jangan sesekali “ikut telunjuk” hanya kerana seorang lelaki yang belum pasti. Wanita Yang Paling Comel Dan Menawan Adalah Wanita Malaysia!

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *