Cari...

Antarabangsa Hubungan

Cinta Ditolak, Remaja Ini Tikam Kawan Sendiri

Kongsi
cinta ditolak

Cinta ditolak, remaja ini sanggup tikam kawan sendiri. Kawannya tidak mahi menerimanya sebagai kekasih, akibat berang, remaja menikam kawannya.

Salah satu hal yang membahagiakan di dunia ini, iaitu ketika dicintai oleh orang yang kita cintai. Akan tetapi, apa yang akan kamu lakukan saat cinta ditolak? Ketika orang yang kamu inginkan ternyata tidak menginginkanmu?

Cinta Ditolak

cinta ditolak
Foto: cari com.my

Remaja lelaki ini terus mengaku bersalah membunuh kawan baik hanya kerana mangsa enggan menjadi teman wanitanya.

Menurut laman sesawang The Guardian, melaporkan, mayat Ellie Gould, 17, ditemui dengan beberapa kesan luka tikaman di rumah keluarganya di Calne, Wiltshire pada 3 Mei lalu.

Diterangkan bahawa, Thomas Griffiths, 17, ditahan pada hari sama mayat mangsa ditemui.Mahkamah Bristol Crown menetapkan 8 November sebagai tarikh jatuh hukum.

Selain itu, Daily Mail dengan laporan melalui sumber terdekat berkata, cinta ditolak selepas Griffiths mahu perhubungannya dengan mangsa lebih dari sekadar kawan baik.

cinta ditolak
Foto: cari.com.my

Walau bagaimanapun, Elly dikatakan tidak bersedia dan tiada masa untuk menjalin hubungan serius dan menyebabkan nya terbunuh.

“Dia (Elly ) beritahu bahawa mereka akan bertemu setiap hari di sekolah, namun jelas ianya tidak cukup buat Griffiths,” katanya.

Manakala, sumber terdekat tertuduh memaklumkan remaja lelaki itu tertekan sejak bapanya disahkan menghidap kanser. Akibat tertekan, remaja ini menghidapi masalah mental dan menyebabkannya hilang kawalan.

Baca juga  Maksud Cinta Monyet Yang Sebenar Mungkin Anda Tidak Tahu
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *