Cari...

Hubungan

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan? Pasti Ada Yang Lebih Baik

Kongsi

Cinta bertepuk sebelah tangan ini selalu dialami oleh kita. Merasa cinta bukan mainan. Jika jiwa diganggu perasaan itu, mungkin membuatkan anda demam. hek.hek.. Namun, jika anda terlalu inginkan si dia, akan tetapi si dia tidak ada rasa cinta pada anda. Maka, anda harus berubah arah. Jangan dipanjang-panjangkan jalan ceritanya kerana ia tiada kesudahannya.

Siapa yang tidak mahu merasai bahagia bukan? Pastinya perasaan cinta yang terbuku ingin diluahkan kepada si pujangga hati dan berharap perasaan tersebut berbalas. Ya, itulah impian para wanita berharap perasaan yang diluahkan berbalas dan mencipta bahagia sehingga hari tua.

Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang dan Tuhanlah yang menentukan segalanya. Apabila perasaan yang diluahkan tidak berbalas, rasa kecewa mula menguasai diri dan mulalah keyakinan menjadi goyah serta merasakan diri menjadi lemah dek kerana terlalu sedih.

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

Pernah dengar tak orang kata, “Do not let rejection get the best of you.” Cinta di tolak bukan bermakna kehidupan anda telah musnah, ia adalah sebuah pengalaman untuk anda bangkit dan menjadi lebih matang dalam soal perhubungan dan percintaan.

bertepuk sebelah tangan

Ini Adalah Apa Yang Perlu Wanita Lakukan Apabila Kena Reject

Meluahkan Perasaan Adalah Sesuatu Yang Perlu Anda Banggakan

Meskipun perasaan cinta anda di tolak, anda tidak perlu berasa malu di atas tindakan yang anda ambil tersebut. Sepatutnya anda berasa bangga kerana berani mengambil langkah pertama dengan meluahkan isi hati anda kepada si dia.

Perasaan berani yang anda miliki itu merupakan yang terindah buat seorang wanita. Ini kerana anda cuba mengejar kebahagian diri anda sendiri. Oleh itu, jangan sesekali berasa malu pada diri anda.

Baca juga  Kenapa Allah S.W.T Temukan Anda Dengan Orang Yang Salah

Lihat Sudut Perspektif

Wahai bidadari dunia, anda tidak perlu terlalu sedih apabila perasaan anda tidak berbalas. anda perlu lihat rejection yang dialami dari sudut perspektif yang lain. Jika datang mana-mana jejaka dalam hidup anda, nah ia akan menceriakan hari-hari anda tetapi jika si jejaka tersebut keluar dari kehidupan anda, dunia anda tetap ceria dan hebat.

Insan yang datang dan pergi dari kehidupan kita memberikan pengajaran dan mengajar kita erti sebuah kehidupan dan saat-saat tersebut harus diabadikan dalam memori anda. Lagipun, jika dia adalah jodoh anda walau jauh mana pun anda berada, si dia pasti akan mencari anda.

Masa Akan Sembuhkan Luka Anda

Perasaan yang di tolak pastinya membuatkan diri berasa tidak bermaya, semangat pula seolah-olah telah keluar dari jiwa dan merasakan hari-hari yang dilalui menjadi suram. Tetapi percayalah semua yang dirasai itu hanya sementara, perasaan terluka itu akan sembuh jua bersama dengan waktu. Jangan pernah putus asa kerana jodoh yang baik pastinya sedang menanti anda

Sedar Bahawa Keserasian Itu Penting

Semasa dalam perhubungan, daya tarikan terhadap berlainan jantina dan keserasian adalah penting untuk perhubungan tersebut bertahan dalam mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan di dalam perhubungan. Jangan nanti, anda jadi cinta bertepuk sebelah tangan.

Tetapi jika pada garisan permulaan hubungan tidak berjaya itu bererti perasaan serta keserasian yang dimiliki tidak sesuai untuk bertahan. Jadi buat apa teruskan hubungan yang semakin goyah jika perasaan cinta itu sudah tiada?  Lebih baik anda cari insan yang serasi dan mempunyai perasaan yang mendalam kepada diri anda.

Bina Keyakinan Diri Semula

Anda perlu bina semula keyakinan diri anda dan bangkit dengan wajah serta perasaan baharu. Ingat banyak lagi perkara-perkara lain yang memerlukan perhatian diri anda, wanita yang punya kecantikan dalaman dan berkeyakinan pasti dapat menakluki hati yang benar-benar ikhlas untuk memiliki anda.

Baca juga  Antara Sebab Mengapa Wanita Pilih Lelaki Kaya

Jadi jangan kerana perasaan di tolak, anda biarkan diri anda menjadi suram. Ambil masa untuk diri anda sendiri dan bina semula keyakinan diri. Dan yakinlah, diri anda akan menemui insan yang benar-benar menerima diri anda.

Keluarga Dan Rakan-Rakan Sentiasa Bersama Anda

Bila anda bersendirian, anda akan cenderung untuk berfikir yang bukan-bukan, nah meski anda perlu ruang untuk bangkit semula, anda tidak perlu mengetepikan rakan-rakan atau ahli keluarga. Dalam situasi anda yang kecewa seperti itu, anda perlu di kelilingi dengan orang-orang yang dapat membantu anda untuk bangkit.

Menerusi ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan akan membuatkan hari-hari anda yang mendatang menjadi lebih ceria. Lagi pun dengan sokongan dan dorongan positif yang anda terima dari orang-orang sekeliling akan mengembalikan senyuman di wajah anda semula.

Beranikan Diri Untuk Melangkah Kehadapan

Pengalaman luka yang anda miliki adalah sebuah pengalaman berharga dalam hidup anda. Ia membuatkan anda menjadi matang dan memandang aspek perhubungan dan percintaan adalah sesuatu yang perlu dilalui oleh setiap insan yang bernyawa.

Jadikan pengalaman yang andamiliki untuk membuatkan anda jadi berani dalam mengejar kebahagian diri. Kegagalan itu bukan satu halangan untuk mengecapi kebahagiaan, ianya adalah halangan yang perlu anda atasi untuk temui destinasi yang betul.

Percaya pada diri sendiri dan sayangi diri anda sendiri, yakinlah rasa sakit yang dialami akan di ganti dengan kemanisan bahagia suatu hari nanti.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *