Cari...

Antarabangsa Cerita Menarik

Ceraikan Suami Kerana Sempurna, Wanita Ini Tak Sedar Di Untung

Kongsi

Ceraikan Suami Kerana Sempurna, Wanita Ini Tak Sedar Di Untung! Wanita ini sangat merumitkan. Kadang-kala, jika kita ikutkan kata mereka, kita jadi biol. Oleh itu, lebih baik muhasabah diri dengan apa yang pernah kita katakan, dan apa yang pernah kita lakukan. Disini, min nak menceritakan kisah seorang wanita meminta cerai kerana suaminya terlalu sempurna. Apa kata anda?

Ceraikan Suami Kerana Sempurna

Baru-baru ini media di Emiriah Arab Bersatu telah dimeriahkan oleh kisah perceraian pasangan suami isteri yang baru saja berkahwin selama satu tahun. Bukan kerana masalah curang, masalah rumit yang menjadi kisah perceraian ini agak esentrik, tetapi hanya kerana suami terlalu memanjakan isterinya.

Isterinya memfailkan perceraian terhadap suaminya di mahkamah syariah yang terletak di Fujairah. Dia merasakan bahawa suami terlalu mencintainya dan memanjakan dirinya. Menariknya, dia sebenarnya merasa terganggu disebabkan oleh itu. Suami juga sentiasa membantu isterinya melakukan kerja-kerja rumah supaya dia rasa tidak selesa.

Memetik dari Oddity Central lagi, dia juga mengatakan bahawa bantuan dan kasih sayang suaminya adalah neraka dunia. Mereka juga tidak pernah bertengkar walau sedikit pun kerana suami selalu bersetuju dengan isterinya dalam apa jua keadaan.

“Dia tidak pernah bercakap dengan suara yang kuat, dan dia tidak pernah membuat saya rasa kecewa atau sedih,” kata isteri yang tidak dapat dinamakan.

“Saya rasa tertekan oleh cinta dan perhatiannya yang melampau. Dia juga membantu saya membersihkan rumah. Saya benar-benar menginginkan pertikaian di antara kami, tetapi itu tidak mustahil dengan suami saya yang selalu memaafkan saya dan memberi saya banyak hadiah,” katanya.

Isteri juga mengatakan bahawa dia memerlukan perbincangan atau perbahasan dalam membina rumah tangganya. Kerana tiada perkara sedemikian, dia rasa tidak bersetuju dengan suaminya.Foto: pexels.com

Baca juga  Anda Pernah Bermimpi? Ini Adalah Tafsiran Mimpi Ular

“Saya memerlukan perbincangan atau perdebatan di antara kita, bukan kehidupan yang bebas dari peraturan,” kata isteri.

Sebaliknya, suami rasa bahawa setakat ini dia tidak melakukan sesuatu yang salah kepada isterinya. Menurutnya, dia hanya cuba menjadi suami yang sempurna dan baik. Malangnya, perasaan yang ditawarkannya kepada isterinya itu sebenarnya membuat isterinya rasa tidak selesa dan menuju ke arah perceraian.

“Tidak adil kalau kita menghakimi rumah tangga yang hanya didirikan selama setahun, dan semua orang boleh belajar daripada kesilapan,” kata suami yang berharap perkahwinannya dapat diselamatkan.

ceraikan suami kerana sempurna
Foto:rojakmedia.net

Menurut cerita ini, memang kita sudah tahu bahawa wanita itu tak sedar di untung mendapat suami yang baik pun jadi hal. Dah tu, kau nak ada lelaki pemabuk, main judi, main perempuan? Bersyukurlah!

Semoga wanita ini mendapat hidayah!

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *