Cari...

Hubungan

Cenderung Untuk Minta Cerai Merupakan Kaum Wanita

Kongsi

Kaum wanita didapati lebih cenderung untuk meminta cerai berbanding dengan kaum adam. Hal ini kerana mereka lebih sensitif dan tidak berfikir panjang berkenaan dengan cerai ini. Penceraian merupakan perkara halal yang sangat tidak disukai oleh Allah kerana ia banyak memberi keburukan berbanding kebaikan.

Cenderung Untuk Minta Cerai

Kajian terbaru mendedahkan, wanita dua kali ganda lebih cenderung memohon perceraian berbanding lelaki selain lebih terbuka menceritakan masalah rumah tangga di laman sosial.

Kajian yang dilakukan oleh Prof William J Doherty dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat memberitahu, kedua-dua situasi itu membuatkan masalah perceraian di seluruh dunia semakin meningkat.

Cenderung Untuk Minta Cerai
Foto: google

Tambahnya lagi, isu perceraian kini dianggap perkara biasa dan bukan lagi sesuatu perkara yang memalukan. Kebanyakan menjadikan pasangan atau suami sebagai satu ‘aksesori’ untuk membahagiakan mereka. Jika mereka gagal menemui kebahagiaan dalam rumah tangga, wanita lebih mudah meminta cerai daripada pasangannya.

Secara purata data perceraian di Minnesota, Amerika Syarikat menunjukkan sebanyak 56 peratus daripada 577 pasangan memilih untuk bercerai berbanding untuk berbaik semula manakala hanya 12 peratus yang ingin atau mungkin berbaik semula.

Punca-punca perceraian

1. Terlalu terdedah dengan media sosial
2. Kurang komunikasi dalam keluarga
3. Sikap yang pelbagai
4. Tidak berupaya mengendalikan konflik
5. Generasi muda cepat mengalah
6. Boleh berdikari sendiri tanpa pasangan
7. Mental dan masalah dadah

Melalui punca-punca yang di senaraikan, perkara negatif selalunya berpunca kurangnya didikan agama sejak dari kecil. Didikan agama yang cetek akan membuatkan mereka terjerumus dalam aktiviti-aktiviti negatif seperti yang disebutkan diatas. Curang juga salah satu punca penceraian.

Wanita sememangnya tidak mahu suami curang kerana bagi mereka, seorang suami harus setia pada mereka sehingga akhir hayat mereka. Jika hendak diikutkan, mereka ingin bersama dengan suami mereka sehingga ke syurga. Itulah matlamat utama mereka. Sekarang ni dah banyak kes suami curang dan main ‘kayu tiga’ dikongsikan di media sosial.

Baca juga  5 Tanda Anda Sudah Curang Dengan Pasangan

Memandangkan kes-kes suami curang ini banyak berlaku di media sosial, para isteri sememangnya sangat bimbang akan suaminya juga akan turut curang seperti yang dikhabarkan. Wanita selalu berfikiran negatif dalam hal ini.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *