Cari...

Hubungan

Cara Untuk Tidak Mahu Suami Anda Curang

Kongsi

Wanita sememangnya tidak mahu suami curang kerana bagi mereka, seorang suami harus setia pada mereka sehingga akhir hayat mereka. Jika hendak diikutkan, mereka ingin bersama dengan suami mereka sehingga ke syurga. Itulah matlamat utama mereka. Sekarang ni dah banyak kes suami curang dan main ‘kayu tiga’ dikongsikan di media sosial.

Memandangkan kes-kes suami curang ini banyak berlaku di media sosial, para isteri sememangnya sangat bimbang akan suaminya juga akan turut curang seperti yang dikhabarkan. Wanita selalu berfikiran negatif dalam hal ini.

Tidak Mahu Suami Curang

Namun ada yang menganggap punca suami curang disebabkan oleh kesilapan dan kekurangan si isteri. Jadi sebelum terjadi perkara tidak diingini, persiapkan diri anda terlebih dahulu.

Tidak Mahu Suami Curang
Foto: sinar harian

4 Cara Yang Perlu Dilakukan

1. Beri perhatian walau sibuk mana pun

Punca suami mencari wanita lain adalah kerana kurang mendapat perhatian isteri. Sibuk mana pun menjaga anak, luangkan masa untuk suami, barulah suami melekat je.

2. Jaga penampilan, jangan selekeh je dirumah

Lepas kahwin ramai wanita tidak peduli dengan penampilan mereka. Masa bercinta bukan cantik. Sebab tulah suami cari perempuan lain yang lagi cantik. Apa salahnya anda bercantik untuk suami walaupun dirumah.

3. Jadi teman setia & pendengar yang baik

Kajian menunjukkan, wanita mampu bercakap 20 ribu patah perkataan sehari. Manakala lelaki hanya mampu mencapai 7 ribu dalam sehari. Terbukti wanita lebih banyak bercakap. Tanpa sedar anda tidak berikan ruang kepada suami untuk kongsikan sesuatu.

4. Wanita perlu faham, lelaki perlu waktu bersendirian

Jangan rasa curiga atau salah sangka jika suami anda hilangkan diri seketika. Suami anda mungkin sedang tenangkan diri. Ada kalanya mereka perlukan masa bersendirian. Jangan risau, suami anda pasti akan ceritkan masalah pada anda.

Baca juga  Pilih Calon Suami Yang Mempunyai Ciri-ciri Seperti Ini

Semoga masalah suami curang dapat dibendung dengan mengamalkan 4 petua ini. Seharusnya cinta yang disemai dari pertama kali jatuh cinta berkekalan sehingga ke jannah.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *