Cari...

Tips Menarik

Cara Untuk Pastikan Hidangan Bersantan Tidak Mudah Basi

Kongsi

Baru-baru ini admin telah kongsikan betapa berkhasiatnya santan kepada rambut. Dimana santan mampu menyegarkan dan membaik pulih kulit kepala rosak dan menyihatkan akar rambut.

Banyak kebaikkan santan, namun sudah pasti kita kerap menggunakan santan sebagai bahan dalam masakan.

Santan adalah antara bahan penting dalam kebanyakan menu rakyat Malaysia dan bagi sesetengah inividu, makanan berkuah seperti kari wajib diletak santan pekat bagi menimbulkan keenakan dan memiliki aroma yang wangi.

Santan juga kerap digunakan dalam pemanis mulut seperti sagu gula Melaka, bubur kacang hijau mahupun pengat pisang.

Foto: mStar

Antara menu paling digemari rakyat Malaysia adalah nasi lemak. Ian adalah kegemaran semua lapisan masyarakat.

Foto: Malaysia Tatler

Jadi tidak keterlaluan dikatakan  orang Malaysia handal memasak mengunakan santan kerana ada pelbagai menu boleh disediakan dengan santan adalah bahan utama.

Lazimnya makanan bersantan ini juga berlemak dan enak dijamah cuma satu sahaja risikonya, makanan berasaskan santan ini mudah basi.

Bayangkan kalau memasaknya dalam kuantiti yang banyak kemudian basi, pastinya rugi kalau dibuang begitu sahaja. Sebiji santan sahaja harganya tidaklah murah, RM2.50!

Memastikan pembaziran tidak berlaku, ini cara untuk memastikan hidangan berasaskan santan tidak basi.

1. Pastikan kelapa parut atau santan baharu.

Jika anda memilih untuk menggunakan santan pastikan ianya santan yang belum melebihi satu hari. Usah segan bertanya adakah santan berkenaan sudah lama atau santan yang baharu sahaja disediakan. Jika membeli kelapa parut pula,  pastikan kelapa berkenaan baharu sahaja diparut dan untuk memastikan ia tahan lama berbanding biasa, kelapa parut itu boleh diperah dengan menggunakan air suam.

Sementara untuk penggunaan santan kotak pula, sebaiknya pastikan jumlah santan yang diperlukan untuk masakan anda, pilih saiz kotak santan yang memadai jumlahnya dengan santan yang diperlukan agar tidak membazir dan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Pastikan juga  semasa memasak, ia masak sempurna bertujuan supaya boleh disimpan lebih lama.

Baca juga  Orang Yang Suka Menyendiri Lebih Bijak Berbanding Orang Lain – Kajian

2. Cara menyimpan

Masakan yang  menggunakan santan perlu dipanaskan sehingga ia mendidih sempurna dan jangan menutup periuk ketika memanaskan. Jika berniat menyimpannya untuk tempoh yang lebih lama, pastikan masakan berkenaan benar-benar sejuk dan tiada wap keluar jika anda menutupnya.

Ini kerana wap panas yang memenuhi bekas penutup (jika masakan masih belum sejuk sepenuhnya) akan jatuh ke dalam masakan dan air wap itu akan mencepatkan proses masakan basi. Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

Jika anda menyimpan lauk di dalam bekas dalam keadaan panas, ia akan menyebabkan santan berbuih dan basi sebelum ia sempat sejuk di dalam peti ais.

3. Bekukan

Kaedah ini adalah paling biasa dilakukan dengan membekukannya. Jika makanan seperti rendang, kari atau gulai ingin disimpan untuk tempoh lebih lama sebaiknya bekukan sahaja, ini adalah kaedah penyimpanan terbaik dan tahan lama.

4. Pastikan senduk kering

Santan sangat sensitif dengan perkakas yang basah atau berair. Justeru pastikan anda mencedok makanan menggunakan senduk dan bekas yang kering.

Semoga bermanfaat! Sekian petikan dari Hijab & Heels

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *