Cari...

Hubungan

Cara Untuk Mengorat Lelaki Yang Anda Cintai

Kongsi

Cara untuk mengorat lelaki bukan suatu perkara yang mudah. Tidak salah pun jika wanita yang mula memikat lelaki, yang salah apabila anda menganggu lelaki yang sudah berumahtangga. Selagi lelaki tersebut bujang, anda boleh mencuba nasib.

Cara Untuk Mengorat Lelaki

Bagi sesetengah wanita berpendapat bahawa lelaki yang harus memulakan dahulu perbualan, namun anda boleh saja mulakan dengan bertanyakan khabar atau sekadar menyapa ‘hai’. Dengan itu anda akan memudahkan anda berkomunikasi dengan si dia.

Cara Untuk Mengorat Lelaki

Tapi, kalau malu anda boleh cuba 20 cara dibawah ini sebagai salah satu usaha awal untuk menawan hati si dia.

1. Jangan Tunjukkan Keterdesakan Anda Untuk Mendapatkan Si Dia

Macam yang dinyatakan seperti di atas, lelaki ini memiliki ego yang sangat-sangat tinggi. Dan mereka akan bertambah ego jika ada wanita yang cuba untuk menguratnya. Mereka akan berbangga dan merendah-rendahkan martabat anda dihadapan rakan-rakan beliau.

Lelaki jarang menghargai sesuatu benda yang mudah didapati. Bagi mereka, semakin sukar dan susah untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan, semakin kuat perasaan untuk mereka mendapatkan menjadikan hak milik mereka. Cubalah jadi seorang yang bersederhana.

2. Jaga Penampilan Anda

Semua orang tahu penampilan sangat penting bagi seorang wanita. Melalui penampilan anda sahaja, lelaki boleh membuat tafsiran tentang perangai dan tingkah laku anda.

Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dahulu sedikit dan jangan terlalu tebal. Cukup hanya mengenakan foundation, maskara dan sedikit lipstik. Kemudian pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adab. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong depan orang ramai. Nanti jatuhlah saham kan. Nak nampak gojes kenalah nampak cool.

Baca juga  Jangan Takut Berkahwin Kerana Rezeki Tetap Ada

3. Tunjukkan Sikap Penyayang Terhadap Budak-Budak

Lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat suka dan sayang kepada budak-budak. Bagi mereka, wanita yang penyayang kepada budak-budak sebenarnya adalah seorang bakal menjadi ibu yang baik untuk anak-anak mereka kelak.

4. Berikan Si Dia Merasai Masakan Anda

Apa kata anda ambil sedikit masa memasak dan berikan kepada si dia merasai air tangan anda. Untuk pengetahuan anda, lelaki lebih suka memakan masakan si isteri apabila kahwin nanti berbanding makan di luar.

Anda boleh selidik dengan rakannya tentang makanan kegemarannya. So, dari situ, anda boleh belajar sesuatu yang baru tentang makanan kegemarannya dan juga belajar memasak resepi baru. Ataupun anda boleh memberinya merasa makanan kegemaran anda kepada si dia. Mana tahu taste anda berdua sama kan? So dari situ, anda sudah mendapat 1 point dalam hati si lelaki.

5. Jangan Terlalu Mengongkong

Anda bukanlah isteri si dia. Anda masih berkawan dengan si dia. Anda mungkin akan berasa cemburu apabila melihat si dia keluar dengan perempuan lain, tapi janganlah anda melarang si dia keluar dengan perempuan lain. Mungkin mereka keluar atas urusan kerja dan bukan urusan peribadi.

Even anda dah berkahwin kelak, anda tidak boleh mengongkong si dia. Lelaki ini cepat rimas sekiranya ada wanita yang cuba mengongkong dan menghalang setiap perkara yang dia minat dan suka lakukan.

6. Berikan Lirikan Mata Menawan

Wanita sememangnya dikurniakan dengan mata yang cantik. Cuma kadang-kadang si lelaki ini kurang perasan. Cuba tonjolkannya dengan memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik.

Dan cuba pandang kematanya setiap kali bercakap. Kata orang, dari mata terus turun ke hati kan.

Baca juga  Jika Anda Mempunyai Suami Yang Kacak, Anda Harus Lebih Waspada

7. Jaga Pertuturan Anda Di Hadapan Si Dia

Walaupun si lelaki ini nampak ganas dan tough di hadapan rakan-rakanya, tetapi dalam hati mereka ada taman. Lelaki sebenarnya tidak suka wanita yang bercakap kasar dan mencarut. Bersikaplah lemah-lembut dan bersopan-santun. Barulah boleh jadi gadis melayu terakhir! 😀

8. Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya

Lelaki lebih senang untuk berkongsi setiap masalah dan rahsianya kepada wanita. Sekiranya si dia menceritakan segala rahsia dan masalah yang dihadapi, itu bermakna si dia percayakan anda. Dan sebenarnya, amat susah lelaki ini berkongsi masalah dengan orang lain disebabkan ego tadi. So, jangan sia-siakan kepercayaan yang si dia berikan kepada anda.Jadilah seorang pendengar si dia untuk si dia! Lelaki akan berasa gembira jika segala rahsia yang diceritakan tadi selamat dengan anda.

9. Berikan Sokongan Terhadap Minatnya

Kadang-kadang lelaki mempunyai minat yang pelik. Minat keretalah, komputerlah. Apa yang best sangat pun tak tahu kan. Tapi, janganlah anda cuba menghalang atau sesekali cuba menentang minatnya. Cubalah sesekali memberikan sokongan terhadap minat mereka.

10. Hormati Orang Tua

Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat ya.

Jangan malu untuk memulakan perbualan, jika hati sudah suka jangan tunggu lama-lama. Zaman sekarang jika terlambar anda akan melepas. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *