Cari...

Kecantikkan

Cara Untuk Mengatasi Dagu Berlapis Dengan Berkesan

Kongsi

Cara Untuk Mengatasi Dagu Berlapis, Dagu berlapis sering kali membuat anda kurang berkeyakinan dan ramai yang tak tahu cara untuk atasi masalah ‘double chin’ ini secara berkesan. Kadang kala mereka mengamalkan diet namun masih tidak mengubah apa-apa. Ada juga yang menyembunyikan masalah ini dengan menggunakan teknik solekan seperti ‘contouring’ bagi mendapatkan wajah yang runcing.

‘Double Chin’ atau bahasa Malaysianya dagu berlapis sering kali menghinggap mereka yang menghadapi masalah metabolisme rendah. Oleh itu, mereka mudah dagu berlapis dan pastinya perkara itu membuatkan mereka kurang berkeyakinan.

Cara Untuk Mengatasi Dagu Berlapis

Di sini, kami ceritamenarik.com ingin berkongsi beberapa cara untuk mengatasi ‘Double Chin’ secara berkesan:

1. Gunakan krim mentega koko

Mengatasi Dagu berlapis
Foto: foodchemadditives.com

Mentega koko¬†adalah salah satu daripada bahan tambahan makanan dan bahan-bahan yang popular di kebanyakan negara. Krim ini mudah sahaja didapati di semua farmasi kesihatan. Hanya panaskan dua sudu krim tersebut daalm ‘microwave’ untuk 30 saat. Urut krim itu di bahagian leher dan rahang wajah dengan teknik urutan menaik. Bukan sahaja mampu membentuk wajah, boleh juga melembapkan kulit muka.

2. Makan gula-gula getah

Mengatasi Dagu berlapis
Foto: wanista.com

Makan gula-gula getah banyak manfaat untuk otot muka anda. Kunyah gula-gula getah tanpa gula dan jadikannya sebagai satu senaman otot wajah. Ia mampu mengecilkan wajah anda dan membersihkan gigi dan gusi. Anda boleh kunyah bila-bila masa semasa melakukan kerja atau menonton televisyen. Dengan melakukan senaman otot wajah, ia mampu untuk membakar lemak pada dagu anda, seterusnya menghilangkan kesan dagu berlapis.

3. Teknik putaran leher

Mengatasi Dagu berlapis
Foto: grid.id

Senaman ini sangat mudah dilakukan. Hanya perlu pusingkan kepala anda mengikut arah lawan jam atau sebaliknya dengan posisi badan yang tegak. Lakukan 5 putaran setiap sesi. Namum, anda hendaklah berhati-hati ketika melakukannya. Jika takut, anda boleh lakukan dengan ringan sahaja, lama kelamaan, akan jadi mudah untuk anda membuat putaran leher ini. Ia sangat melegakan.

Baca juga  Cara Memutihkan Kulit Tanpa Menggunakan Krim Pencerah

4.Senaman dagu

Foto: mingguanwanita.com

Dongakkan kepala perlahan-lahan dan muncungkan bibir anda selama 5 saat. Ulang gerakan ini hingga 10 kali sehari setiap kali bangun dari tidur. Dengan melakukan senaman ini, anda mampu menghilangkan kesan dagu berlapis secara perlahan-lahan.

5.Katakan tidak pada gula

Foto: uzone.id

Pengambilan gula berlebihan akan menjadikan wajah anda kelihatan lebar kerana lemak yang terkumpul di bahagian itu.. jadi banyakkan minum air kosong dan elakkan air manis seblum tidur.

Semoga 5 cara untuk mengatasi masalah dagu berlapis memberi banyak manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk kongsikan pada facebook dan twitter anda. Cuma tekan butang share.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *