Cari...

Info Menarik Pertanian

Cara Untuk Melebatkan Buah Lemon

Kongsi

Menanam lemon mempunyai cabarannya tersendiri. Cabaran pertama adalah percambahannya, mungkin mati, mungkin hidup. Oleh itu, ilmu petanian mesti ada jika ingin menanam lemon di sekitar rumah anda. KAlau ada lemon, tak perlu lah beli lemon mahal-mahal lagi kan?

Kalau anda pergi ke rumah-rumah mereka yang ada kitchen garden atau edible garden, pokok lemon antara yang wajib ada. Tapi kebanyakan lemon yang di tanam di Malaysia buah nya tak macam yang jual di pasar raya.

Terdapat banyak jenis lemon yang ditanam di Malaysia antaranya Lemon belian, Lemon telur buaya dan banyak lagi. Ada namanya lemon telur buaya tu sebab bentuknya yang lonjong dan besar. Ada juga yang nama nya lemon, tapi tidak berwarna kuning macam yang dijual di pasar raya.

Tak susah pun tanaman lemon sebenarnya. Rajin ke tak je lagi tu. Cara dan kaedah tanaman nya sama macam pokok-pokok sitrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi dan sebagainya.

Tapi, pokok lemon biasanya kedekut sikit untuk keluarkan buah yang banyak. Jadi, untuk menggalakkan pokok lemon anda menghasilkan buah yang optimum, Boleh cuba guna semburan foliar yang dihasilkan sendiri menggunakan redbull.

Bahan-bahan:
1 Tin Redbull
1Tbsp Ajinomoto
1Tbsp Belacan
10Tbsp MOL buah
20 liter Air tanpa klorin

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan di kacau rata
2. Tanpa perlu diperam, masukkan air bancuhan ke dalam botol penyembur
3. Sembur pada keseluruhan permukaan daun sebulan sekali. Kalau sudah nampak bunga keluar, tak perlu sembur lagi. Semburan hanya perlu di lakukan setiap kali selesai musim berbuah.

*Sesiapa tak baca betul-betul, lain jadinya. *penting

Baca juga  Kawal Kemarahan Anda Dengan Tips Bijak Ini!
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *