Cari...

Tips Menarik

Cara Untuk Keluarkan Duit Tanpa Mengunakan ATM Kad

Kongsi

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat pengeluaran wang tunai di mesin atm tanpa menggunakan kad? Hal ini kerana pihak bank ingin memudahkan pengguna bahawa jika anda tertinggal beg duit di saat kecemasan, anda boleh membuat pengeluaran wang tanpa kad atm.

Rasa pelik bukan? Di sini ada cara untuk membuat pengeluaran tanpa kad atm. Anda perlu mengikuti langkah ini sebelum melakukan apa-apa pengeluaran tanpa kad hasil perkongsian Ahmad Asyraf Asyari di laman facebooknya.

1. Masuk Maybank2u menggunakan telefon bimbit anda.

Klik ‘Account & Banking’

2. Pilih ‘transfer’ dan kemudian ‘Cardless Withdrawal’

3. Isi maklumat yang diperlukan dan tunggu mesej yang akan diberikan melalui SMS

4. Bila dapat SMS, cari ATM Maybank yang berdekatan dan tekan mana-mana butang. Skrin akan keluar pilihan bahasa.

5. Pilih pengeluaran tanpa kad

6. Teruskan mengikut arahan yang diberikan

7. Masukkan nombor 16 digit yang diperoleh dari SMS tadi

8. Masukkan lagi nombor 6 digit yang diperolehi dari SMS tadi juga

9. Ambil wang dan penyata

Sumber Foto: FB Ahmad Asyraf Asyari

Jadi sekarang jadi senang sahaja kan? Lepas ni tak adalah alasan tiada wang kerana tertinggal dompet.

Baca juga  Tips Merawat Demam Anak Dengan Menggunakan Telur
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *