Cari...

Gaya Hidup Hubungan Tips Menarik

Cara Untuk Berbaik Semula Selepas Bergaduh Dengan Kekasih Hati

Kongsi

Cara untuk berbaik mesti kena dengan masa dan situasi. Mesti semua orang pernah mengalami situasi ini. Bukan senang nak “handle” kekasih ni. Kadang-kadang terlepas cakap, boleh buat si dia merajuk. Lagi-lagi kalau pasal ungkit kisah dulu-dulu. Makin parah jadinya jika bergaduh kalau tak ada seorang yang mengalah.

Masa gaduh bukan main lagi tak ingat dunia kan? Mulalah rasa menyesal lepas gaduh. Atau, tak menyesal, tak ambil kisah? Gaduh dalam perhubungan merupakan perkara yang biasa. Lidah kan lagi tergigit, inikan kita yang baru nak cari pasangan yang serasi bersama. Betul tak?

Bila bergaduh, siapa yang akan merendahkan ego untuk memujuk pasangan? Wanita atau lelaki? Itu sama-sama kita dapat lihat wanita dan lelaki tidak bersependapat. Tapi, adalah baiknya jika salah seorang yang mengalah untuk meredakan pergaduhan.

Cara Untuk Berbaik

Jadi, jika tak tahu cara nak pujuk kekasih anda balik, di sini ada sedikit tips untuk menangani masalah itu:

1) Tarik nafas, pegang tangan si dia sekuat mungkin, tanyalah ‘dah ok?’

cara untuk berbaik
Foto: junkee.com

2) Peluk tanpa berkata apa-apa.

cara untuk berbaik
Foto: ghandar.wordpress.com

3) Jika bergaduh di telefon, kirimkan mesej dengan perkataan ‘Maaf, Saya Sayang Awak’. Rendahkanlah rasa marah di hati dan ego.

cara untuk berbaik
Foto: fimela.com


4) Suarakan apa yang tidak puas hati dan inginkan jawapan daripada pertanyaan tersebut.

Foto: yourtanggo.com

5) Selesaikan segera dan jangan biarkan berpanjangan. 

Foto: tewistest.com

6) Ungkap kata ‘Saya Sayang Awak, I Love You’ dan ‘Saya Rindu Awak, I Miss You’.

Foto: pesonapengantin.com

7) Sentiasa bersikap jujur. berterus terang sahaja dengan si dia. 

8) Berikan kejutan kepada si dia. Bagi hadiah atau bawa ke tempat yang si dia suka.

Maka, pergaduhan yang berlarutan tidak baik dalam perhubungan. Mesti ada salah seorang yang sering mengalah atau memujuk, barulah hubungan bekekalan hingga ke jannah. Chewah!

Baca juga  Fesyen Muslimah Yang Mampu Menarik Perhatian Jejaka
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *