Cari...

Psikologi

Cara Paling Sopan Untuk Tolak Cinta Seseorang

Kongsi

Mungkin anda pernah mengalami situasi sebegini bukan? Dihampiri oleh seseorang yang asing dan tiba-tiba meluahkan perasaan sukanya pada anda. Namun soal hati dan perasaan ini sebenarnya tidak boleh dipaksa jika hati kita tidak cenderung ke situ. Mungkin ia merupakan salah satu masalah yang sangat memeningkan untuk anda kawal. Bagi menjaga hati si dia yang menyukai anda, sudah pasti anda memerlukan sebab yang munasabah dan pada masa yang sama tidak menguris perasaannya jika ditolak.

Menolak perasaan seseorang yang menyukai anda bukan satu perkara yang mudah. Ianya melibatkan tentang hati dan perasaan si peluah rasa. Seharusnya anda fikirkan alasan yang terbaik untuk diberitahu supaya si dia tidak pergi dengan hati yang terluka jika ditolak.

Mungkin anda pernah tertanya-tanya, apakan salah satu cara yang terbaik untuk menolak perasaan seseorang tanpa perlu menyakitkan hatinya.

Berikut merupakan cara yang boleh anda gunakan untuk menolak cinta seseorang tanpa menguris perasaan individu tersebut.

1. Beri pandangan secara terbuka

wanista.com

Cuba anda letakkan diri anda ditempat orang yang anda tolak cintanya. Mungkin anda akan rasakan satu perasaan yang menyakitkan bila ditolak mentah-mentah ditempat terbuka. Mungkin rasa malu yang teramat jika di lihat oleh orang yang berada di sekeliling.

Cara terbaik untuk menolak seseorang dengan rasional adalah berjumpa secara berdepan di kawasan yang tidak mempunyai ramai orang bagi mengelakkan si peluah rasa malu setelah ditolak.

2. Mesej dalam talian secara peribadi

.wanista.com

Salah satu cara yang selalu digunakan bagi seorang yang malu untuk bersemuka dengan si peluah perasaan. Usah risau, zaman kini yang serba canggih dengan teknologi yang tinggi, anda boleh menghantar mesej dengan menyuarakan hal yang sebenarnya dan menolak dengan cara yang baik serta lembut.

Baca juga  Kenali Personaliti Wanita Melalui Warna Kegemarannya

3. Melalui panggilan telefon

.foryourmarriage.org

Jangan sesekali anda menolak cinta si peluah dengan menggunakan panggilan melalui telefon bimbit. Cara ini mampu menjadikan anda sebagai seorang yang kejam dan tidak wajar dilakukan semasa menolak cinta seseorang. Nampak mungkin agak mudah, namun kesannya sangatlah tidak baik untuk dilakukan.

4. Melarikan diri

hellosehat.com

Perbuatan yang paling tidak sopan adalah dengan melarikan diri semasa si peluah meluahkan perasaannya, manakala anda melarikan diri begitu saja tanpa memberikan kata putus yang sepatutnya anda katakan. Ia akan menjadikan anda sebagai seorang yang tidak mempunyai hati dan perasaan.

5. Tiada cara yang terbaik selain berterus terang

maskulin.com.my

Tidak ada satu pun cara yang sempurna untuk anda menolak perasaan cinta seseorang. Sebaiknya anda menjadi seorang yang matang serta berhemah semasa memberikan jawapan terhadap si peluah.

Berterus terang dengan cara yang baik adalah keputusan terbaik boleh anda lakukan tanpa perlu menguris perasaan si peluah. Berfikiran positif juga sangat diperlukan supaya anda memberikan keputusan yang terbaik untuknanda dan si peluah tanpa menimbulkan persengketaan. Sekian petikan dari Wanista.com.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *