Cari...

Kesihatan Tips Menarik

Cara Menyembuhkan Sakit Gigi Dengan Pantas Dan Mudah

Kongsi
sakit gigi

Sakit gigi memang perkara yang paling tidak meyenangkan. Malah rasa sakitnya yang teramat sehingga menuju ke otak membuatkan kita langsung tidak dapat mampu berbuat apa-apa. Kadang kala menyembuhkannya dengan ubat tahan sakit tidak mampu melegakan sakit gigi.

Selain itu, sakit gigi juga mengganggu waktu makan sehingga hilangnya selera makan. Lagi-lagi jika waktu tidur juga terganggu akibat sakit gigi. Maka, banyak aktiviti anda terbatas akibat penangan sakit gigi ini.

Disini ada cara untuk menyembuhkan sakit gigi dengan pantas dan mudah. Sudah terbukti berkesan terhadap beberapa orang yang telah mengamalkannya.
.
Bahan-bahan:

1. Kulit batang mangga
2. Garam dapur
3. Air suam
.
Caranya :

Kupas kulit batang pohon mangga. Kikis dibahagian dalam kulit pokok mangga yang berwarna putih. Kira2 berukuran 10 x 10cm yang berwarna putih sampai keluar seratnya. Baik yang melekat di batang mangga, ataupun pada bahagian putih yang melekat pada bahagian dalam kulit pokok yang sudah dikupas tadi. (Mana-mana pokok mangga pokoknya yg sudah mengeluarkan getah dan kulitnya sudah retak-retak, diutamakan pada bahagian kulit pokok yang sudah tua).

Selepas itu, masukkan serat kulit mangga kedalam gelas kecil. Tambahkan 1 sudu teh garam dapur dicampur dengan air suam lalu kumurkan. Jangan lupa baca bismillah sebelum berkumur.

Semasa berkumur, tahan air kumur di dalam mulut sehingga air tersebut masuk kedalam gigi yang berlubang sehingga air terasa dingin. Di ingatkan, gunakan air suam, bukan air panas. Air ini hanya untuk dikumur sahaja, jangan diminum atau di telan.

Hasilnya:

Semasa kali pertama berkumur, gigi yang sakit memang terasa tegang. Setelah 3-5 minit akan hilang rasa tegangnya. 
.
Peringatan:

Setelah di kumur, gigi yang berlubang jangan di sedut atau di hisap-hisap lagi supaya pembuluh darah pada gigi tidak pecah lagi, Insya-Allah, setelah 2-3 kali berturut2 kumur pada hari berikutnya, gigi yang sakit akan segera sembuh sepenuhnya.

Baca juga  8 Tips Bijak Penjimatan Penggunaan Elektrik Di Rumah

Sumber: Muhammad Aslam Ad-daruquthni

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *