Cari...

Kesihatan

Cara Mencegah Dan Mengatasi Penyakit Gout

Kongsi

Ada yang menggelarkan gout sebagai penyakit orang kaya kerana kebanyakan penghidap penyakit ini disebabkan amalan pemakanan mereka yang tiada kawalan dalam pengambilan asid urik. Gout adalah sejenis penyakit yang telah lama dikenal pasti sejak 2,000 tahun dahulu. Ia dikatakan sebagai salah satu penyakit tertua.

Pada zaman dahulu, ia sukar dikawal oleh kerana kemudahan perubatan yang terhad sehingga menyebabkan kemudaratan dan kecacatan kepada penghidap gout. Asid urik merupakan kumuhan yang terhasil daripada protein purin dan apabila asid ini berlebihan dalam badan, ia akan terkumpul dalam kawasan sendi seperti kawasan ibu jari, belakang kaki, buku lali, lutut dan beberapa kawasan sendi lain.

Namun kini, pelbagai alternatif telah diperkenalkan sama perubatan moden mahupun tradisional yang menggunakan bahan semula jadi sebagai ramuan utama dalam perawatan.

Simptom dan punca penyakit gout

Gout merupakan penyakit arthritis yang berpunca daripada Hyperurucemia iaitu aras plasma urate (asid urik) melebihi bacaan 420 μmol/L (7.0 mg/dL). Ia merupakan punca utama kepada gout, namun terdapat sesetengah kes yang melibatkan bacaan asid urik tinggi yang tidak bermakna seseorang itu pesakit gout.

Jika ia dikategorikan dalam jantina, peratusan lelaki untuk menghidap penyakit ini adalah lebih tinggi berbanding perempuan. Penyakit ini dikatakan akan menyerang wanita hanya selepas menghadapi proses menopous.

Gout akan berlaku apabila kaki menjadi bengkak panas dan terasa sakit sehingga menyebabkan pesakit tidak mampu untuk bergerak malahan akan berlarutan sehingga beberapa hari atau sehingga pesakit mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.

Cara untuk memastikan anda terkena gout

Pesakit selalunya akan mengadu kesakitan yang melampau pada sendi yang terlibat terutamanya pada bahagian ibu jari kaki. Gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik dikawasan tersebut.

Selalunya ia akan menyebabkan sendi tersebut bengkak, merah, sakit dan rasa panas apabila dipegang. Disebabkan kepekatan asid urik yang tinggi di dalam darah, ia boleh meresap masuk ke kawasan sendi dan terkumpul menjadi kristal. Kristal inilah yang akan menyebabkan keradangan pada sendi tersebut.

Baca juga  Cara Berkesan Untuk Menghilangkan Sakit Kayap

Kaedah Mencegah Penyakit gout

Seseorang yang diserang atau terdedah dengan risiko penyakit gout, sudah pastinya ingin mencari rawatan gout alternatif yang mujarab dan murah. Disini terdapat info menarik mengenai rawatan gout yang menggunakan bahan semula jadi sebagai bahan utama dalam perawatan petikan dar laman butterkicap.com.

Cuka Epal Cider

Foto: bangka.tribunnews.com

Cuka epal cider merupakan salah satu bahan semula jadi untuk mencegah sakit gout. Ia bukan sahaja mampu merawat penyakit gout, tetapi cuka ini juga boleh digunakan untuk merawat sakit kepala dan artritis. Asid yang ada dalam cuka ini dapat membantu melegakan kesakitan akut (acute pain).

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda boleh menambahkan madu dengan cara mencampurkan satu sudu teh cuka cider bersama madu ke dalam segelas air dan amalkan ia sekurangnya 2-3 kali sehari.

Untuk rawatan gout, ia mampu meneutralkan asid urik dalam badan dan boleh diamalkan setiap hari untuk mempercepatkan penyembuhan. Selain daripada cuka, buah epal boleh dijadikan jus minuman untuk menyembuh dan merawat pelbagai penyakit.

Halia

Foto: guardian.ng

Dengan mengamalkan minuman dan makanan berasaskan halia, ia mampu merawat pelbagai penyakit termasuklah penyakit gout. Kandungan anti-radang yang terdapat dalam halia mampu melegakan kesakitan dan keradangan pada badan.

Antara kaedah atau petua yang boleh dipraktikkan dalam usaha rawatan gout, anda boleh mencampurkan halia bersama serbuk halba dan kunyit dengan air suam. Amalkan minuman ini dua kali sehari secara konsisten bagi mendapatkan kesan yang positif dan baik.

Ada juga yang mengamalkan penggunaan halia dengan cara menjadikan ia sebagai pes dan dicampurkan sedikit air. Selain itu, anda juga boleh menambahkan halia dalam minuman atau air panas bagi mengurangkan toksik dan angin dalam badan. Ambil minuman ini sekurangnya sekali sehari.

Baca juga  Cara Untuk Mengatasi Tidur Berdengkur

Buah Ceri

Foto: merdeka.com

Anti-oksidan yang ada pada buah ceri dapat merawat penyakit gout sama ada ia manis atau masam. Kandungan antosianin pada ceri mampu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan akibat gout. Cara terbaik adalah dengan mengambil 15 hingga 20 biji ceri sehari dan amalkan setiap pagi sebagai kudapan sarapan.

Anda juga boleh mengamalkan minuman jus ceri hitam setiap hari dengan menambahkan beberapa ulas bawang putih yang dicincang bagi mendapatkan tindak balas yang baik sekaligus mengurangkan kesakitan yang dialami pesakit gout.

Jus Lemon

Foto: erabaru.com

Untuk melegakan sakit gout, pengambilan jus lemon mampu meneutralkan asid urik yang tidak diperlukan dalam badan. Rawatan gout ini sangat mudah dengan hanya mencampurkan jus lemon segar bersama serbuk penaik sebagai minuman.

Selain daripada lemon, anda juga boleh menggantikan dengan buah-buahan lain yang diperkaya dengan vitamin C yang bertujuan menguatkan tisu dalam badan. Cara penyediaan bahan minuman jus lemon bersama serbuk penaik adalah dengan cara mencampurkan 1 biji lemon yang diperahkan jusnya bersama satu setengah sudu teh serbuk penaik.

Biarkan selama beberapa saat sehingga bunyi berdesis hilang dan masukkan kedua-dua bahan tersebut ke dalam segelas air. Minum segera bagi mendapatkan hasil yang terbaik dan amalkan setiap hari jika mahukan kesan yang pantas. Selain itu, rawatan boleh dilakukan dengan cara menambahkan separuh jus lemon ke dalam segelas air dan ambil minuman ini sebanyak tiga kali sehari.

Timun

Foto: tribunnews.com

Jus timun mempunyai kelebihan untuk mengurangkan asid urik dalam badan. Terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa timun dapat meredakan suhu badan yang panas dan sifat meneutralkan juga dapat meredakan kesakitan pada sendi-sendi akibat penyakit gout.

Antara cara untuk mengamalkan timun ini ialah dengan menjadikan timun sebagai snek dan diambil setiap hari. Timun juga boleh dijadikan rawatan semula jadi sebenar dalam memulih dan merawat pelbagai penyakit biasa dihidapi semua orang. Selain itu, letakkan potongan timun yang nipus pada kawasan yang terkena gout.

Baca juga  Makan Peria Terlalu Banyak Boleh Botakkan Kepala Anda?

Kemudian biarkan selama 15 minit sebelum membilas dengan air suam. Anda boleh mencuba petua ini sendiri bagi mendapatkan hasil yang baik untuk melegakan kesakitan.

Pisang

Foto: aceh.tribunnews.com

Pisang juga antara buahan yang baik dalam rawatan gout, ini kerana kandungan kalsium yang tingi pada pisang mampu menukarkan Kristal asid ke bentuk cecair yang boleh dirembeskan dari badan melalui sistem perkumuhan. Jumlah vitamin C yang sederhana amat berguna dalam mengurangkan bengkak dan kesakitan pada kawasan yang terjejas.

Dengan mengamalkan pengambilan pisang dalam menu pemakanan harian sudah memandai untuk rawatan gout. Hanya dengan mengambil 1-2 biji pisang setiap hari atau dengan mencampurkan sebiji pisang bersama yogurt untuk melancarkan proses rembesan asid dalam badan dan juga mampu mengelakkan daripada cirit birit.

Serbuk Penaik

Foto: rojakmedia.com

Serbuk penaik berupaya mengurangkan asid urik dalam badan yang menjadi punca utama kepada penyakit gout dan mampu melegakan kesakitan akibat keradangan tersebut. Justeru, anda harus memastikan bahawa serbuk penaik sentiasa ada di rumah anda sebagai penawar semula jadi kepada pelbagai penyakit.

Dengan penggunaan serbuk penaik, tanda-tanda ke arah penyakit gout juga dapat disingkirkan daripada badan kita. Kaedah dalam penyediaan ramuan serbuk penaik dalam rawatan gout ialah mencampurkan satu setengah sudu teh serbuk penaik bersama air.

Amalkan sebanyak 4 kali sehari dan diingatkan jangan ambil lebih dari itu serta lakukan secara konsisten selama 2 minggu. Adalah diingatkan juga, jika anda berusia 60 tahun dan ke atas, anda disarankan untuk mengamalkan petua ini hanya sebanyak 2-3 kali sehari.

Ini bagi megelakkan risiko tekanan darah tinggi dan ia sangat berbahaya kepada nyawa anda jika anda tidak mengikut saranan ini. Tetapi sebaiknya, anda elakkan diri daripada menggunakan kaedah ini.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *