Cari...

Kecantikkan Kesihatan

Cara Memutihkan Kulit Tanpa Menggunakan Krim Pencerah

Kongsi

Jika anda perasan, kulit muka dengan kulit leher anda jauh berbeza dari segi kecerahannya bukan? Ini terjadi kerana anda sering berjemur dibawah cahaya matahari. Ramai wanita yang sering melakukan rawatan kulit wajah bagi memulihkan warna kulit agar sekata. Kebanyakkannya sering menggunakan krim pemutih wajah.

Tahukah anda, terlalu kerap menggunakan krim juga tidak bagus, ini disebabkan oleh krim pencerah mengandungi mercuri yang banyak dan ianya juga sering dikaitkan dengan kerosakkan pada otak, mengalami sakit buah pinggang dan juga kerosakkan buah pinggang.

Berikut merupakn 3 cara bagi memutihkan kulit tanpa menggunakan sebarang krim pemutih.

1. Kimia pengelupasan

Foto: bukanaku.com

Untuk mendapatkan kulit yang cantik tanpa menggunakan sebarang krim pemutih, anda boleh mencuba kimia pengelupasan merupakan salah satu cara bagi memutihkan kulit wajah seperti yang dilakukan oleh ahli dermatologi. Penggunaan kimia juga boleh memudarkan kesan parut, jerawat, garis halus, kedutan dan juga bintik-bintik hitam. Pada masa yang sama, ia juga memberikan kecerahan pada kulit kusam.

Bagaimanakah doktor menggunakan krim khusus yang diperbuat dari bahan kimia yang berfungsi sebagai pengelupasan pada sel-sel kulit mati. Pada lapisan sebelah dalam pula akan dilihat bagi menunjukkan warna yang lebih cerah. Kemudian, doktor juga ada menyediakan pelembap untuk melegakan kesakita sebaik saja rawatan tersebut selesai.

2. Suntikan pemutih

Banyak juga yang menggunakan khidmat suntikan putih bagi yang mendambakan kulit yang cerah berseri secara mudah. Pada masa yang sama, suntikan itu juga mampu membantu sel-sel kulit mengeluarkan melanin. Melanin merupakan bahan-bahan yang menentukan warna kulit seseorang. Semakin banyak melanin dalam tubuh badan, semakin gelaplah kulit.

3. Sinaran laser

Kaedah yang satu ini adalah menggunakan khidmat laser yang bertenaga tinggi yang boleh pergi terus pada permukaan kulit. Sinaran laser juga berperanan bagi menghapuskan sel-sel kulit mati yang sudah rosak dan mengantikannya dengan lapisan kulit yang baru.

Baca juga  Tips Pulihkan Tekanan Darah Tanpa Pengambilan Ubat

Sinaran laser juga boleh membantu pengeluaran dan tahap melanin. Ini juga boleh membantu meringankan sebarang kecacatan serta bintik-bintik hitam pada kulit yang disebabkan penuaan.

Sebelum kulit anda terkena laser, kebiasaannya doktor akan melakukan beberapa ujian alahan terlebih dahulu terhadap pelanggan. Sekiranya tidak berlaku apa-apa, terapi sinaran laser juga boleh dijalankan beberapa minggu kemudiannya. Selalunya satu sesi rawatan laser berlangsung selama 30 minit sehingga 1 jam.

Beberapa minggu yang akan datang, kulit anda akan mula bertukar menjadi warna yang lebih cerah dari sebelumnya. Selama tempoh 6 bulan, kulit juga akan mudah sensitif pada cahaya matahari. Proses pemutihan kulit selepas melakukan terapi laser cenderung mendapat kesan yang berbeza.

Namun anda juga yang tidak merasakan apa-apa kesan sampingan terhadapnya. Menginginkan warna kulit yang cerah sebenarnya tidak sukar.Namun anda juga seharusnya bijak melakukan keputusan untuk mendapatkan rawatan di tempat yang betul dan sah kelayakkannya. Sekian petikan dari laman lifestyle.okezone.com.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *