Cari...

Gaya Hidup Psikologi

Cara Berfikir Lelaki Dan Perempuan

Kongsi
cara berfikir

Cara berfikir perempuan berfikir tidak sama sekali sama dengan lelaki. Selalu orang kaitkan cara pemikiran lelaki dan perempuan, secara am nya memang sangat berbeza. Perempuan ni boleh diketegorikan sebagai makhluk yang unik. Apa yang diorang fikir dan cara diorang berfikir sangat berbeza.

Memang benar lelaki dan perempuan tu berbeza. Bukan hanya segi fizikal tapi cara pemikiran dan psikologinya juga.

Cara lelaki berfikir pula sangat berbeza. Kebanyakkan mereka berfikir untuk jangka masa panjang.

Untuk faham beza psikologi lelaki dan perempuan, penting untuk anda perlu tahu dan faham daripada perbezaan perspektif Evolutionary Psychology. Maksudnya, psikologi, biologi dan fisiologi otak manusia yang berubah sejak awal zaman.

 Perempuan banyak fikir

Perempuan ini, memang banyak fikir. Betul! Semua informasi dia boleh hadam sekaligus. Namun berbeza dengan lelaki, mereka hanya fokus kepada isi penting sahaja,

Perempuan hebat task-switching, lelaki hebat bab fokus

Tisu panjang (corpus callosum) pada bahagian otak kiri dan kanan perempuan lebih tebal berbanding lelaki. Oleh itu. dia boleh memproses dengan cepat.

Lelaki Suka Beri Solusi

Bila perempuan bercerita, dia mahu didengari. Bukan mencari solusi. Lelaki pula dengan “visual-spatial” yang aktif (berbanding perempuan) akan menanggap cerita yang disampaikan memerlukan solusi.

Lelaki akan memotong cakap. Berikan solusi. Yang perempuan terpinga-pinga sakit hati. Andai tak tahu, pasti ada ada dua hati yang disakiti.

Bahagian visual spatial yang aktif menyebabkan lelaki lebih tertumpu pada big picture. Bukan detail. Nampak hutan bukan pokok.

Lelaki Sukar Tanya Arah

Andai sesat. Sukar menemui tempat yang dituju. Lelaki sukar berhenti bertanya arah.

Ribuan tahun, lelaki lebih dikenali sebagai pengembara. Pelayar yang cekap. Sebabnya. Visual spatialnya lebih aktif. Faktor inilah juga menidakkan lelaki bertanya arah andai sesat.

Baca juga  Fakta Menarik Tentang Wanita Dan Merah Jambu

Andai tersesat jalan. Minta sahaja En suami berhentikan kereta sebentar. Cikpuan yang turun bertanya arah. Usah ditanya arah pada perempuan. Nanti lagi sesat jadinya.

Lelaki Lebih Banyak Kentut

Ya lelaki secara puratanya melepaskan1.5-2.5 liter gas sehari. Anggarannya lepasan bom ini ialah 12 sehari. Cukup untuk mengisi belon kecil. (tidak terpakai untuk pengamal brain-based diet).

Bercakap semasa makan boleh menjadi penyebabnya. Bila mengeteh atau mengopi, teh dan kopinya sikit. Boraknya lebih. Perempuan pun gebang kuat semasa makan. Punca kepada angin terperangkap dalam usus kecil. Natijahnya, akan jadi pengeluar gas seperti lelaki juga.

Gas ini 50-60% adalah nitrogen. 30-40% adalah karbon dioksida. Selebihnya ialah methane penyebab kepada lombong arang batu meletup.

Jika faham bagaimana otak lelaki dan perempuan berfungsi, perkara jadi mudah. Tak perlu rebut-ribut. Terima seadanya. Andai mahu faham kena belajar. Untuk keharmonian rumah tangga kita juga. Jangan tunggu.

Mari kita lihat pula bahagian otak lelaki dan perempuan

cara berfikir
Foto: freemalaysiatoday.com

Otak Wanita Dan Lelaki

Proses otak wanita direka bagi menumpukan tugasan yang berganda di dalam sutu-satu masa. Sebagaimana contoh wanita dapt menonton TV, bercakap melalui telefon dan melakukan aktiviti memasak di dalam satu masa. Proses otak lelaki pula direka dengan cara memberi tumpuan hanya satu kerja pada satu masa.

Bahasa

Wanita mudah mempelajari banyak bahasa. Akan tetapi mereka sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bahasa. Lelaki pula tidak mudah untuk mempelajari banyak bahasa. Akan tetapi mereka dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan di dalam bahasa.

Analisa

Otak lelaki mempunyai banyak ruang untuk mengendalikan proses menganalisis sesuatu perkara.  Mereka boleh menganalisis dengan cara mencari penyelesaian dan boleh merangka reka bentuk yang berbentuk kompleks. Otak wanita pula dapat memahami sesuatu rangka reka bentuk dengan mudah tetapi tidak dapat menganalisanya secara berfokus.

Baca juga  Kerja Rumah Boleh Membantu Lelaki Menjadi Lebih Bijak

Memandu

Semasa memandu kereta, lelaki boleh memandu dengan keadaan laju kerana dia dapat melihat sesuatu objek pada jarak yang jauh dan serta-merta mengklasifikasi kelajuan objek/ kenderaan itu. Akan tetapi lelaki hanya boleh fokus pada suatu perkara sahaja seperti tumpuan pada memandu.Perempuan pula mengambil masa yang lama untuk mengetahui kelajuan dan arah sesuatu objek kenderaan. Walau bagaimanapun perempuan mampu untuk memberi tumpuan kepada perkara lain selain memandu.

Menipu

Otak wanita secara semula jadi dapat mengetahui 70% ekspresi wajah lelaki yang menipu , 20% pergerakan tubuh badan dan dapat mengetahui 10% apa yang keluar dari mulut lelaki apabila menipu. Otak lelaki pula tidak dapat mengetahui secara jelas apabila seseorang perempuan menipu. Akan tetapi lelaki mempunyai kemampuan untuk mencari helah menipu.

cara berfikir

Otak Wanita

Menyelesaikan Masalah

Sekirannya seseorang lelaki itu mempunyai banyak masalah, mereka akan mencari jalan untuk menyelesaikannya dengan cara tersendiri dan akan bertindak menyelesaikannya satu demi satu. Sekirannya seseorang perempuan itu mempunyai masalah, mereka akan mencari individu untuk meluah dan akan menenangkan fikirannya dengan cara menyendirikan diri. Mereka akan menyelesaikan masalah apabila ada sesuatu panduan.

Apa yang Mahu

Lelaki lebih mahu kejayaan, penyelesaian masalah diri dan perkara yang diminati. Wanita pula mahu kepada hubungan, rakan dan keluarga

Tidak Puas Hati

Jika wanita tidak berpuas hati dengan hubungan, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada kerjaya.Jika lelaki tidak berpuas hati dengan kerjaya, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada hubungan.

Percakapan

Wanita menggunakan bahasa tidak langsung dalam ucapannya. Lelaki menggunakan bahasa langsung dalam ucapannya

Pengurusan Emosi

Wanita banyak bercakap tanpa berfikir. Lelaki pula bertindak tampa berfikir

Baca juga  Lelaki Yang Benar Mahukan Anda, Berani Berjumpa Dengan Keluarga

Sentuhan

Wanita suka disentuh di dalam perbualan sosial sepertimaa empat hingga enam kali sentuhan berbanding lelaki kerana perlukan belaian. Lelaki pula kurang menyukai kepada sentuhan sehinggalah lelaki adalah golongan paling ramai menghidap masalah jiwa.

Arah Tangan

Wanita mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membolehkan mereka melakukan kerja rumah. Lelaki pula selalunya hanya menggunakan sebelah tangan sahaja semasa melakukan sesutu kerja.

Kepintaran

Otak wanita bersaiz lebih kecil daripada lelaki. Akan tetapi wanita mempunyai kepintaran 3% lebih daripada lelaki. Lelaki pula mempunyai saiz otak yang besar dan mempunyai 4 bilion lebih banyak sel berbanding otak wanita.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *