Cari...

Cerita Menarik Gaya Hidup Hubungan

Cara Aneh Orang Jepun Nak Berkenalan Dan Bercinta

Kongsi

Tokyo: Seorang lelaki mengambil tindakan pelik dengan menoreh kira-kira 1,000 tayar kereta dipandu wanita hanya kerana mahu berkenalan dengan golongan itu.

Tindakan itu dilihat sebagai pencetus kepada perbualan lanjut antara lelaki berusia 32 tahun itu dengan ‘mangsa’ yang akan meminta bantuan untuk menukar tayar.

Odditycentral.com melaporkan, aksi aneh Yoshito Harada yang berasal dari wilayah Aichi itu akhirnya memakan diri selepas dia ditahan ketika menoreh tayar kereta seorang wanita berusia 43 tahun.

Pada 11 Jun lalu, wanita terbabit keluar dari sebuah pasar raya di Higashiura dan menuju ke keretanya untuk pulang selepas selesai membeli-belah.

Dia kemudian menyedari tayar keretanya pancit tidak lama selepas memandu.

Lelaki terbabit akan berhentikan kereta berdekatan mangsa sebelum menawarkan pertolongan untuk menukar tayar yang pancit.

Keadaan ini jarang berlaku pada seseorang, namun wanita terbabit menyedari modus operandi sama berlaku terhadapnya tahun lalu dan identiti lelaki itu seakan dikenalinya.

Seakan-akan devaju, wanita itu segera menghubungi polis dan memaklumkan pihak berkuasa mengenai ‘insiden’ yang dihadapinya sama seperti tahun lalu.

Berdasarkan laporan itu, polis kemudian mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pasar raya berkenaan dan mengesahkan identiti lelaki yang menoreh tayar kereta wanita itu adalah individu yang sama menghulurkan bantuan.

Terdesak untuk melepaskan diri, lelaki itu akhirnya mengakui dia bertindak sedemikian hanya sekadar untuk berkenalan dengan wanita tanpa ada sebarang niat lain.

Selepas tersebar mengenai kejadian itu, orang ramai turut meninggalkan komen bahawa mereka berdepan insiden sama.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/

Baca juga  Antara Sebab Mengapa Wanita Pendiam Menjadi Tarikan
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *