Cari...

Gaya Hidup Kesihatan

Cacing Parasit Dalam Usus Perut Mampu Bertelur 200,000 Telur Sehari

Kongsi

Mengalami kecacingan memang tidak disukai oleh sesiapa sahaja. Sebab apa? Dekat buntut mesti terasa geli-geli je ekor dia main kat lubang tu. Memang sakit hati bila terasa gatal-gatal kat pungung.

Ini adalah salah satu parasit yang boleh hidup di dalam usus kita, hati- hati ya!

Foto: merdeka.com

Spesis =Ascaris lumbricoides.
Genus = ascaris
Filum = nematoda
Kelas = Secernentia

Sejenis cacing bulat besar yang boleh memanjang hingga 35cm. Prevalent seluruh dunia terutamanya tropika dan subtropika. Penyebab penyakit askariasis.

Manusia akan ingest rhabditiform larva yang akan menembusi dinding deodenum dan masuk dalam salur darah. Dari sana ia membesar dan di bawa ke hati dan jantung. Dan memasuki pulmonary circulation dimana akan ke alveoli di mana ia membesar lagi dan masuk ke organ pernafasan di mana manusia akan muntah atau telan balik dan proses memasuki deodenum akan bermula balik dan berulang-ulang.

Foto: gambar.ynccf.net

Secara ringkasnya. Jika telan telur cacing, telur tembus usus masuk salur darah lepas tu ronda-ronda dekat hati dan paru-paru. Dah sampai paru-paru dia naik atas sikit sampai tekak. Selepas itu, muntah dan menjangkiti org lain atau sebahagian yang naik ke tekak turun ke usus dan ulang balik step pertama.

Cacing ni bertelur 200,000 telur sehari dan dalam badan cacing dewasa biasa ada 27juta telur!

Cara diagnosis

Biasanya “wet mount” dan boleh jumpa telur fertilise atau infertilized egg. Telur dia agar besar dan sukar nak miss.

Cara jangkitan

Manusia yang makan makanan yang tercemar dengan larva atau telur cacing askaris ni akan dijangkiti atau sentuhan secara langsung atau tidak langsung. Bergantung kepada jenis cacing, ada yang menjadikan ikan sebagai perumah sebelum menjangkiti manusia. Ada juga yang menjadikan daging atau siput sebagai perumah.

Baca juga  Cara Mencegah Dan Mengatasi Penyakit Gout

Cara pencegahan

Sentiasa basuh tangan dengan bersih selepas berkebun atau sebelum penyediaan makanan. Basuh makanan dengan bersih sebelum dimasak dan elak memakan makanan separuh masak jika boleh. Telur cacing musnah pada suhu tinggi jadi masak dengan sempurna. Last sekali ambil ubat cacing setiap 6 bulan, boleh beli di farmasi berdekatan.

Rawatan

Rawatan untuk semua jenis cacing jika dijangkiti adalah Albendazole. Ada dalam bentuk tablet atau cecair. Juga boleh guna tetracycline. Untuk pregnancy boleh ambil mebendazole.

Kredit : ijat tazzi dan syad kiran

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *