Cari...

Uncategorized

Bulu Kucing Ini Boleh Bertukar Daripada Hitam Menjadi Putih

Kongsi

Bulu Kucing Ini Boleh Bertukar Daripada Hitam Menjadi Putih. Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang pemilik kucing di Jerman berkongsi beberapa gambar kucing peliharaannya. Tapi, apa yang peliknya tentang kucing ini sehingga ia mencuri perhatian semua orang? Perkongsian tersebut tular kerana kucing yang diberi nama Elli itu mampu bertukar warna bulu.

Bulu Elli yang asalnya berwarna hitam seolah-olah bertukar menjadi ‘uban’. Elli yang sebelum ini merupakan kucing jalanan sebenarnya mempunyai masalah kesihatan di mana ia menghidapi penyakit yang disebut sebagai Vitiligo. Penyakit ini menyebabkan bulunya boleh berubah warna.

Bulu Kucing Ini Boleh Bertukar

Menurut pemilik kucing tersebut iaitu Nicole Bohm, dia menyelamatkan sepasang anak kucing pada tahun 2016 dan tidak mengesan apa-apa perubahan ke atas makhluk comel itu sehinggalah setahun kemudian.

Ujar Nicole lagi, ketika itu dia menyelamatkan sepasang anak kucing pada 2016 dan tidak mengesan sebarang perubahan pada Elli sehinggalah setahun kemudian.

“Elli berbulu hitam di bahagian belakang, sama seperti saudaranya, tiada apa yang berbeza pada awalnya. Bulu itu hanya mula berubah setahun kemudian,” kata Nicole.

bulu kucing boleh bertukar

“Ketika itu, saya mendapati ada sedikit tompok bulu putih pada bahagian belakangnya. Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi saya membawa Elli bertemu dengan veterinar,” tambahnya lagi.

bulu kucing boleh bertukar

Menurut veterinar tersebut, Elli mempunyai masalah Vitiligo di mana ia merupakan sejenis penyakit yang jarang sekali berlaku. Nicole mengatakan bahawa walaupun Vitiligo ini disebut sebagai satu penyakit, keadaan kucing kesayangannya itu sihat dan cergas.

bulu kucing boleh bertukar

Pada mulanya, cuma setompok bulu Elli yang bertukar menjadi putih. Lama-kelamaan, seluruh badannya yang asalnya berwarna hitam bertukar menjadi putih.

Baca juga  Disaman Kerana Ayam Jantan Berkokok Setiap Pagi

“Saya terkejut, sangat terkejut,” kata Nicole yang mendapati kucingnya bertukar warna.

bulu kucing boleh bertukar

“Personalitinya tetap sama. Elli tetap kucing sama yang berwarna hitam biarpun dia kini sudah berbulu putih. Elli tetap haiwan yang comel dan aktif seperti kucing-kucing yang lain,” kata Nicole lagi.

Lagi Kucing Berwajah Sedih, Menjadi Tarikan Dan Ramai Peminat.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *