Cari...

Gaya Hidup Kesihatan unik

Buat Penggemar Makan Budu, Budu Mampu Tingkatkan IQ Anda

Kongsi

Budu adalah salah satu menu yang paling laris di Terengganu dan juga Kelantan. Bagi penggemar menu ini akan rasa teruja dengan apa yang bakal dikongsikan. Tahukah anda, dengan mengamalkan makan budu, ianya mampu meningkatkan IQ anda! Bukan sahaja berkhasiat untuk bada, malam mampu merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Foto: Astro Awani

Budu selalunya dimakan dengan ulaman ataupun ikan, cara memakannya adalah dengan mencicah ulam atau ikan bersama dengan nasi. Ianya mampu meningkatkan selera makan kepada sesiapa yang menjamahnya.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Foto: Tourism Malaysia

Budu juga didapati berpotensi untuk melawan radikal beban dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan menambah kolegen. mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi antibakteria penyebab cirit (diarrhea), penurunan kolesterol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Foto: Pesona Pengantin

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh dengan menggalakkan pertumbuhan berat badan.

Banyak kelebihan makan budu rupanya, bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan, malah mampu meningkatkan IQ pada sesiapa yang memakannya. Sekian petikan dari maafsebut.blogspot.com

Baca juga  Maksud Cinta Monyet Yang Sebenar Mungkin Anda Tidak Tahu
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *