Cari...

Info Menarik Kesihatan

Buat Penggemar Air Kopi, Panduan Untuk Anda Minum Kopi Dengan Betul

Kongsi

Kopi adalah salah satu minuman wajib bagi sesetengah rakyat Malaysia, terasa tidak lengkap waktu pagi anda tanpa segelas kopi. Tapi, tahukah anda bahawa ada panduan yang betul bagi pengambil kopi setiap hari?

Jika anda rasa minum kopi dengan kerap dalam masa sehari tidak mendatangkan mudarat pada tubuh anda, anda silap. Boleh minum kopi setiap hari, tetapi haruslah mengikut panduan yang bersesuaian agar tidak mendatangkan mudarat dikemudian hari.

Foto: Berita Harian

Antara kebaikan utama yang diperoleh daripada minuman kopi adalah manfaatnya yang memberi tenaga dan kesegaran kepada peminumnya. Di samping itu, kajian yang dijalankan ahli kesihatan turut menunjukkan keupayaaan kopi untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti barah, jantung, diabetes dan Parkinson.

Namun begitu, amalan pengambilan kopi yang salah juga boleh menyumbang kepada pelbagai keburukan. Antaranya, pengambilan kopi yang berlebihan boleh menyebabkan peminumnya terdedah kepada ketagihan.

Foto: id.wikipedia.org

Kafein, bahan yang terdapat di dalam kopi boleh diklasifikasikan sebagai dadah jenis sederhana, oleh itu, pengambilan yang tidak terkawal akan menyebabkan tubuh badan kita bergantung kepada bahan tersebut.

Selain itu, amalan minum kopi yang tidak betul juga menyumbang kepada penyakit buah pinggang, imsomnia, stress dan darah tinggi. Jika anda mahu terhindar dari penyakit-penyakit tersebut, anda harus kawal pengambilan kopi anda.

Oleh itu, apakah amalan meminum kopi yang betul bagi memastikan kesan yang baik dan maksimum kepada peminumnya.

Jangan terus minum selepas bangun tidur

Foto: Pegipegi

Setiap manusia mempunyai jam biologikal semula jadi di dalam sistem tubuh masing-masing. Jam biologikal tubuh manusia berperanan dalam mengawal pengeluaran hormon dalam badan manusia.

Kortisol ataupun nama lainnya hormone stres berperanan untuk meningkatkan tahap kewaspadaan manusia. Hormon ini juga turut dihasilkan dengan banyak apabila badan kita sedang dalam keadaan fight and flight response.

Menurut kajian daripada ahli perubatan, tubuh manusia secara semula jadinya menunjukkan peningkatan hormon kortisol sebanyak 50 peratus apabila bangun daripada tidur.

Baca juga  Cara Berkesan Untuk Menghilangkan Sakit Kayap

Persoalannya, dakah kehadiran kafein ketika peningkatan jumlah kortisol di dalam badan akan memberikan hasil yang lebih baik untuk tubuh kita?

Jawapannya, tidak.

Kehadiran kortisol di dalam tubuh orang yang sedang minum kopi hanya akan melenyapkan kebaikan yang dibawa oleh kafein. Hal ini kerana hormon kortisol secara semula jadi berperanan dalam merangsang kesegaran tubuh badan kita.

Apa yang lebih teruk, pengambilan kopi ketika waktu itu turut menambahkan kebergantungan tubuh kita kepada kafein yang seterusnya menyumbang kepada masalah ketagihan kopi.

Oleh itu, ahli perubatan menyarankan supaya pengambilan kopi dilakukan di luar waktu penghasilan hormon kortisol ataupun sejam selepas bangun tidur.

Terdapat tiga waktu yang mana tubuh manusia menghasilkan kortisol iaitu pada waktu bangun pagi, 8 pagi hingga 9 pagi, 12 tengah hari hingga 1 petang, dan 5.30 petang hingga 6.30 petang.

Ambil kopi sebelum pukul 2 petang

Kajian daripada Pusat Kajian Gangguan Tidur, Hospital Henry Ford Michigan dan Kolej Perubatan Wayne State menunjukkan pengambilan kopi enam jam sebelum waktu tidur akan mengurangkan waktu tidur kepada lebih satu jam.

Dalam kajian yang sama turut menemukan yang pengambilan kopi enam jam sebelum tidur akan memberikan kesan yang signifikan terhadap waktu dan kualiti tidur seseorang.

Kesimpulannya, pengambilan kopi memberikan pelbagai manfaat buat tubuh badan manusia dalam menjalani gaya hidup yang sihat dan produktif. Namun, amalan minum kopi yang betul amat penting bagi mengelakkan kesan sampingan yang akan mengganggu tubuh dan mental kita.

Berpada-pada dalam pengambilan kopi, tidak bahaya meminum kopi jika anda tahu kadar pengambilan yang betul. Jangan kerana terlalu ketagih, anda mengabaikan kesihatan anda. Sekian petikan dari wanista,com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *