Cari...

Info Menarik Kesihatan

Pengawal Stress Yang Paling Mujarab, Durian

Kongsi

Tahukah anda buah durian merupakan pengawal stress? Durian dikenali sebagai raja buah yang mempunyai bau yang menggoda dan isi yang menyelerakan, namun bukan semua menyukai baunya. Ada sesetengah orang mengatakan bahawa bau durian sangat busuk dan rasanya sangat teruk sampai rasa nak muntah.

Durian adalah buah ekzotik yang terkenal di Brunei, Indonesia dan Malaysia. Pokok durian mula berbuah setelah ditanam dikebun hingga empat atau lima tahun. Pohon durian dapat tumbuh hingga mencapai tinggi 50 meter, bergantung dengan jenis.

Tahukah anda bahawa, durian adalah penawar tekanan yang paling mujarab bagi mereka yang sangat menggemari buah tersebut. Dengan mencium baunya sahaja mampu memberikan rasa tenang dan kegembiraan yang luar biasa. Namun, tidak kepada mereka yang tidak menyukainya.

pengawal stress
Fot: thejakartapost.com

Selain aroma dan rasanya yang memang sedap, ada sejenis zat dinamakan tryptohan iaitu asid amino yang berubah menjadi serotonin di dalam tubuh. Hormon serotonin inilah yang membuat badan lebih rileks selain memicu perasaan gembira.

Pengawal Stress

Durian mengandungi vitamin B6 yang membantu meningkatkan mood. Apabila kedua-dua trypotohan dan vitamin ini bergabung, maka terhasillah mood gembira dan senang hati. Inilah keajaiban buah durian kerana ia boleh mengurangkan tekanan stress anda.

Ketika durian dimakan, maka ia akan segera menghasilkan tenaga dan merehatkan tubuh secara semula jadi.

Read more at tipscaraterbaik.com: Kandungan Gizi dan Manfaat Buah Durian

Patutlah hati terasa senang setiap kali makan durian. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Baca juga  Menyebar Fitnah Merupakan Dosa Besar Yang Sukar Digambarkan
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *