Warning: Declaration of W3TC\DbCache_Wpdb::prepare($query, $args) should be compatible with wpdb::prepare($query, ...$args) in /srv/users/serverpilot/apps/ceritamenarik/public/wp-content/plugins/w3-total-cache/DbCache_Wpdb.php on line 8
Buah Betik Dinobatkan Sebagai Raja Buah Oleh WHO - Cerita Menarik

Cari...

Antarabangsa Gaya Hidup Kesihatan Sains

Buah Betik Dinobatkan Sebagai Raja Buah Oleh WHO

Kongsi

Buah betik kini digelar sebagai raja buah oleh persatuan kesihatan sedunia. Hal ini kerana mereka mengambil kira bahawa buah yang mempunyai banyak manfaat adalah raja kepada segala buah. Jadi, betik mempunyai banyak kelebihan disini kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang memberi banyak manfaat.

Dr Rizal yang merujuk kepada kenyataan World Health Organization (WHO) menjelaskan bahawa Betik sebagai Raja Buah:

WHO menobatkan buah betik sebagai raja buah untuk dua tahun berturut turut.

Bagusnya betik, ia bukan buahan musim. Berbuah sepanjang tahun. Harga pasarannya tidak terlalu mahal, kerana ia mudah di dapati.

buah betik raja buah
Foto: impiana

Betik diangkat sebagai raja buah kerana kandungan nutrisinya yang tinggi

1. Kalsium pada betik adalah dua kali ganda tinggi berbanding epal. Lebih bagus dari ambil
Susu lembu untuk dapatkan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk manusia. Selain untuk tulang yang kuat, kalsium bolehkah darah membeku, otot mengendur dan jantung kita berdegup.

2. Vitamin C pada betik adalah 13 kali ganda tinggi dari epal, 7 kali tinggi berbanding pisang 7 kali lebih banyak dari tembikai, 8 kali ekstra dari cherry, dan 1.3 kali power dari nenas.

Vitamin C pula penting untuk kuatkan sistem imun, kesihatan jantung, kulit cantik, tangani stres, dan strok seperti yang dilaporkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.

3. Vitamin A 10 kali power dari kiwi, 18 kali lebih tinggi dari epal, 1.5 ekstra berbanding pisang, 1.5 lebih banyak dari tembikai, 15 ganda banyak dari cherry dan 16 lebih power dari nenas.

Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem peranakan. Fungsi jantung, paru-paru dan ginjal bergantung kepada vitamin A. Kajian di US seperti yang dilaporkan oleh National Institute of Health dapati kanak-kanak yang kekurangan vitamin A apabila terkena demam campak, keadaan mereka lebih kritikal.Gambar Hiasan

Baca juga  Pengawal Stress Yang Paling Mujarab, Durian

4. Vitamin K pula 5 ganda berbanding pisang, 2.5 lebih tinggi berbanding tembikai and 4 kali ganda ekstra dari nenas.

Vitamin K bantu bekukan darah. Halang dari pendarahan berterusan. Penting untuk metabolisme tulang, stabilkan tekanan darah dan kesihatan jantung. Kekurangan vitamin K juga dikaitkan dengan eoteoporosis.

5. Carotenoids yang terdapat betik penting untuk kesihatan mata termasuklah jenis carotenoids seperti lycopene, beta-carotene, lutein dan zeaxanthin. Jumlah terkumpulnya adalah 2000 lebih tinggi dari kiwi, epal, cherry dan nenas. Pisang tidak mengandungi carotenoids

Bagusnya carotenoids ini ialah ia bersifat anti kanser. Ia juga bertindak sebagai anti oksida bantu tangani radikal bebas.Gambar Hiasan

6. Selain itu, betik mengandungi zat besi, magnesium, Phosporus, Potassium, zinc, Thiamin, riboflavin, Niacin, Vitamin B6, B12, Folate, dan Vitamin E.

Kesuruhan nutrien adalah 33 seperti yang dilaporkan oleh US Department of Agriculture (USDA).Untuk dapatkan 33 nutrien penting untuk tubuh makanlah betik.

Sumber: Neuroversiti.com

Penulis asal: Dr Rizal Abu Bakar

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *