Cari...

unik

Bosan Menunggu Calon Suami, Wanita Nekad Kawin Dengan Diri Sendiri

Kongsi

Setiap orang memerlukan pasangan dalam hidup, namun bukan semua orang mampu mencari pasangan hidup. Mencari pasangan ideal dalam zaman serba moden dan mencabar ini, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ada sahaja yang tidak kena, dari sudut pandangan kita sendiri. 

Dikatakan juga trend berkahwin dengan diri sendiri, semakin diterima di negara Barat. Ini kerana pelbagai faktor seperti kegagalan dalam percintaan, kecewa dengan pasangan dan tiada lagi kepercayaan terhadap istilah pernikahan. 

Foto: Bm.cari.com.my

Jangan terkejut kerana ia bukan lagi perkara asing bila adanya berita memaparkan wanita melakukan perkahwinan solo. 

Seperti yang dipaparkan melalui laman Mirror, Lynne Gollogly, 39 dari Rotherham berkata dia kini tiada lagi minat untuk sesebuah perhubungan, malah bahagia bersendiri. 

Dia yang merancang mengadakan majlis resepsinya pada bulan April ini, telah pun menempah gaun perkahwinan yang sangat cantik malah telah ‘booking’ tiket percutian berbulan madu ke Rome. 

“Saya kini solo selepas tiada lagi minat terhadap perhubungan dengan lelaki, saya pernah bertunang ketika usia muda. Namun, ia sesuatu yang bodoh dan tiada manfaat pun. 

“Pun begitu, saya tidak sesekali berkata tidak untuk sesebuah perhubungan, cumanya saya tidak akan menunggu lagi,” katanya. 

Katanya lagi dia terinspirasi untuk mengahwini diri sendiri apabila menonton drama siri Friends. 

“Perkahwinan adalah sesuatu yang saya sentiasa mahukan, namun Mr.Right tak pernah hadir, jadi saya teruskannya tanpa mengahwini si dia,” katanya lagi. 

Untuk rekod, Lynne bukanlah yang pertama melakukannya. Mei tahun lalu, Sophie Tanner, 37 dari Brighton turut mengadakan perkahwinan solo selepas 20 tahun gagal dalam bercinta.

Jangan pernah putus asa dalam mencari pasangan hidup. Jika belum ada jodoh, mungkin saja Allah s.w.t telah sediakan lelaki yang benar-benar bersesuaian dengan anda. Jika anda sering putus cinta, jangan cepat putus asa, kerana janji Allah s.w.t itu pasti. Allah s.w.t akan gantikan dengan yang lebih baik. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Baca juga  Naga Mirip "Nightfury" Di Temui Kepulauan Borneo
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *